Impian Jadi Kenyataan, Ronaldo Sah Sertai Real Madrid.
Real Madrid dan Manchester United telah memuktamadkan perjanjian bernilai 80 juta pound berkaitan perpindahan Cristiano Ronaldo ke kelab Sepanyol itu.
Awal bulan ini United mengesahkan yang mereka telah bersetuju menerima tawaran yang memecah rekod dunia dari Real Madrid.
Laman web rasmi Real telah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, “Real Madrid dan Manchester United telah menandatangani perjanjian yang akan membolehkan Cristiano Ronaldo menyertai Real pada 1 Julai. Pemain itu akan bermain dengan kelab ini selama enam musim dan akan diperkenalkan kepada khalayak secara rasmi pada 6 Julai di Santiago Bernabeu.”
Bintang Portugal hampir menyertai Real Madrid pada musim lalu sebelum Sir Alex Ferguson membuat keputusan untuk mengekalkannya di Old Trafford.
Ini bermakna Ronaldo menjadi pemain terbaru yang menyertai revolusi Florentino Perez ketika memimpin Real.
Perez, adalah orang yang bertanggungjawab membawa pemain-pemain bintang seperti Zinedine Zidane, David Beckham dan Luis Figo ke Bernabeu pada tahun pertamanya sebagai Presiden, dan kini telah berjaya mendapatkan khidmat bintang Brazil, Kaka dari AC Milan dan pemain antarabangsa Sepanyol, Raul Albiol dari Valencia.









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.