IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Ibrahimovic Dan Maicon Mungkin Akan Tinggalkan Inter Milan.

Penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic akan diletakkan dalam pasaran pemain andainya ada tawaran yang bersesuaian dan peluangnya berpindah mencecah 50%, begitulah menurut kata Presiden Inter Milan, Massimo Moratti.

Pemain terbaik Inter Milan itu begitu kuat dikatakan akan meninggalkan San Siro dan lebih banyak dikaitkan dengan Real Madrid berbanding dengan kelab lain.

Moratti akan berjumpa dengan Presiden kelab Sepanyol itu, Florentino Perez minggu ini untuk berbincang tentang Ibrahimovic, yang merupakan penjaring terbanyak Serie A musim lalu.

Moratti berkata yang beliau juga ada mengadakan perbincangan dengan Barcelona tentang Ibrahimovic tetapi mendakwa yang Presiden kelab Catalan itu, Joan Laporta kurang bermotivasi untuk mengadakan rundingan.

Beliau juga mengesahkan yang Real Madrid juga berminat untuk mendapatkan Maicon, yang dikatakan pemain pertahanan terbaik di dunia buat masa ini.

Inter dikatakan meletakkan harga Ibrahimovic setaraf dengan harga yang dibayar oleh Real kepada Manchester United iaitu sebanyak 80 juta pound manakala harga Maicon dikatakan mencecah 33.75 juta pound.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)