Huntelaar Tidak Sabar Beraksi Dalam Pertembungan Dua Milan.
Klaas Jan Huntelaar akan berhadapan dengan bahang Serie A minggu ini apabila dia berpeluang membuat penampilan pertama bersama AC Milan yang akan membuat perhitungan dengan seteru setempat, Inter Milan.
Penyerang Belanda itu menyertai Rossoneri musim panas ini dari Real Madrid dan terlepas peluang bermain dalam perlawanan pembukaan Serie A kerana menjalani hukuman penggantungan.
Berlawanan dengan seteru setempatnya itu, AC Milan memulakan kempen liga musim ini dengan bergaya apabila menewaskan Siena 2-1 menerusi dua jaringan kemenangan Alexandre Pato.
Dengan perlawanan itu bakal disiarkan secara langsung di ESPN, Huntelaar sudah tidak sabar untuk merasai suasana liga Itali.
“Inter seri dalam perlawanan pertamanya tetapi mereka adalah pasukan yang bagus. Kami pernah bertemu mereka di Pescara (perlawanan pra-musim) dan mereka sememangnya pasukan yang kuat. Kami harap kami akan menang dan mempamerkan persembahan yang hebat dalam perlawanan itu,” kata Huntelaar.









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.