MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Huntelaar Bakal Sertai Real Madrid.

Klaas Jan Huntelaar sudah tidak sabar untuk menyertai teman barunya di Real Madrid pada ketika segalanya hampir pasti buatnya ke kelab Sepanyol itu dengan nilai yang tinggi dari Ajax Amsterdam.

Madrid telah memburu Huntelaar sejak dua tahun yang lalu dan akhirnya berjaya juga memperolehi persetujuan kelab Ajax untuk melepaskan pemain itu. Nilai perpindahan pemain itu dijangka mencecah 27 juta euro.

Huntelaar yang hampir pasti menyertai Madrid pada bulan Januari nanti bagaimanapun masih perlu melepasi ujian kecergasan dan pemeriksaan kesihatan. Jika berjaya, dia akan menjadi pemain kelapan dari Belanda yang pernah bermain di Barnebeu dengan lima darinya bakal bermain bersamanya musim ini.

Salah seorang darinya, Wesley Sneijder awal-awal lagi telah mengucapkan tahniah kepada Huntelaar atas perpindahan itu. Huntelaar mengesahkannya dengan berkata, “Sneijder adalah orang pertama yang menelefon saya sebelum diikuti oleh pemain-pemain lain. Ia adalah impian yang menjadi kenyataan dan mereka memberitahu saya bahawa Real Madrid adalah kelab terbaik yang perlu saya sertai.”

“Saya amat gembira sekarang. Saya rasa saya akan lebih gembira apabila telah berada di sana dan bertemu dengan rakan-rakan baru nanti.”

“Madrid adalah sebuah kelab yang mempunyai sejarah menarik dan saya berharap saya dapat menggembirakan penyokong-penyokong kelab itu dengan menjaringkan banyak gol buat kelab itu selain membantu mereka memenangi piala kejohanan.”

Selain Sneijder, Madrid juga mempunyai Arjen Robben, Rafael van der Vaart, Royston Drenthe dan Ruud van Nistelrooy yang berasal dari Belanda.

Huntelaar dijangka tidak dapat dipasangkan dengan Van Nistelrooy musim ini berikutan Nistelrooy mengalami kecederaan buku lali dan terpaksa berehat selama sembilan bulan.

Kecederaan Nistelrooy itu yang mendorong Madrid mendapatkan Huntelaar memandangkan pemain itu mempunyai corak permainan yang hampir sama dengan Nistelrooy.

Huntelaar ternyata tidak mahu disamakan dengan Nistelrooy. Baginya mereka mempunyai perwatakan berbeza, lagipun dia amat menghormati Nistelrooy sebagai salah seorang idolanya.

“Saya berjanji akan menjaringkan seberapa banyak gol buat Madrid secepat yang mungkin,” tambah Huntelaar yang bakal menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Madrid.

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)