Hughes Berminat Dapatkan Khidmat Tevez.
Pengurus Manchester City, Mark Hughes mengesahkan yang beliau berminat untuk mendapatkan khidmat Carlos Tevez, di mana kontrak pinjaman dua tahunnya dengan Manchester United tamat selepas berakhirnya musim ini.
Masa depan Tevez menjadi bahan spekulasi dan dipercayai akan kekal menjadi hak United dengan menandatangani kontrak baru. Dan mereka dijangka akan menawarkan 32 juta pound sebagai tanda harga untuk mengikat penyerang antarabangsa Argentina itu.
Laporan menyebut yang City bersedia untuk berunding untuk mendapatkan bekas pemain West Ham itu dan Hughes mengakui yang beliau berminat untuk mendapatkan Tevez andainya pemain itu dilepaskan.
“Carlos Tevez adalah pemain yang bagus. Jika pemain yang bagus datang, sudah tentu mana-mana pengurus pun akan teruja tentangnya,” kata Hughes.









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.