Higuain Terpaksa Berehat Selama Tiga Minggu.

Real Madrid mengesahkan yang penyerangnya, Gonzalo Higuain terpaksa diketepikan selama hampir sebulan berikutan kecederaan yang dialaminya.
Higuain mempamerkan aksi yang memberangsangkan musim ini dan sekali lagi menampilkan persembahan terpuji pada hujung minggu lalu, menjaringkan satu gol dan mencipta satu gol lagi ketika Madrid menewaskan Real Mallorca 2-0.
Pemain berusia 22 tahun itu bermain selama penuh 90 minit dalam perlawanan itu tetapi ujian kesihatan yang diadakan menunjukkan kecederaan kaki kirinya akan memaksanya berehat selama tiga minggu.
Kecederaan Higuain merupakan satu kejutan buat Madrid di mana pemain muda itu telah menjaringkan sebelas gol dari sepuluh perlawanan terakhirnya. Keadaan itu menjadikan Karim Benzema sebagai pilihan untuk mengisi tempatnya. Benzema mengakui yang dia amat kecewa kerana sering diturunkan sebagai pemain gantian.
Sudahpun terkeluar dari saingan Copa del Rey sebelum sambutan Krismas, Madrid hanya mempunyai tiga perlawanan pada bulan Januari ini iaitu berhadapan dengan Athletic Bilbao dan Deportivo La Coruna di tempat lawan dan bertemu Malaga di tempat sendiri.
Madrid, yang turut kehilangan pemain tengah Rafael van der Vaart juga kerana kecederaan, ketinggalan dua mata di belakang Barcelona yang berada di puncak liga.








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.