IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Guti Mungkin Kekal Di Real Madrid.


Guti dilaporkan akan terus kekal bermain bersama Real Madrid di sebalik ura-ura yang pemain itu bakal berpindah ke kelab lain.

Guti telah lama dikaitkan dengan cerita yang dia akan berpindah dari Bernabeu dan ketika ditanya wartawan dalam satu temuramah awal bulan ini, dia mengakui yang dia mahu cuba bermain di negara lain, dengan Inter Milan adalah pilihan utamanya.

Beberapa kelab EPL termasuk Bolton dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Guti tetapi ejennya, Zoran Vekic mengesahkan yang Guti mahu terus bermain di Real Madrid di samping untuk merebut kembali tempatnya dalam skuad utama Real Madrid.

“Amatlah sukar untuk meninggalkan Madrid,” kata Vekic. “Dia berusia 33 tahun dan menerima hampir lima juta euro setahun.”

“Hanya kelab yang besar mampu untuk menawarkan tawaran yang tinggi dan saya belum menerima sebarang tawaran setakat ini. Kesimpulannya, dia kini sudah mula diturunkan dan amat gembira di Madrid ”, tambah Vekic.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)