IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Gerrard Kekal Bermain Di Liverpool Sehingga Tamat Kariernya.


Liverpool dengan bangganya mengumumkan yang ketua pasukannya, Steven Gerrard bersetuju untuk menandatangani kontrak baru selama empat tahun, yang akan mengekalkan pemain berusia 29 tahun itu di Anfield sehingga penghujung kariernya.

Gerrard melengkapkan kontrak empat tahunnya itu selepas dia kembali ke latihan pra-musim pada hari Rabu lalu.

Perjanjian itu dikatakan melibatkan pembayaran gaji sebanyak 140,000 pound seminggu dan akan menuntut komitmen Gerrard di kelab kesayangannya itu sehingga umurnya mencecah 33 tahun.

‘The Reds’ sebelum ini mengumumkan yang kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan sejak dari bulan April lagi namun kesibukan menangani cabaran memburu kejuaraan liga dan memenuhi tugasan antarabangsa bersama pasukan England menyebabkan proses menandatangani kontrak baru itu tertangguh.

Bagaimanapun, selepas segala butiran perjanjian dimuktamadkan maka masa depan Gerrard akhirnya kekal di Anfield walaupun pada satu ketika dia hampir berpindah ke Chelsea ketika musim panas 2005.

Gerrard sebelum ini masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun dan dia mengakui yang kontrak barunya itu adalah yang terakhir buatnya.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)