IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Ganjaran Bakal Menanti Jika Pingat Emas Milik Malaysia.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara dasarnya telah bersetuju untuk memberi ganjaran kepada skuad bola sepak Malaysia andainya mereka berjaya menumpaskan Vietnam dalam perlawanan akhir Sukan SEA ke-25 nanti sekaligus membawa pulang pingat emas ke tanah air.

Penantian selama dua puluh tahun untuk merangkul pingat emas Sukan SEA begitu memeritkan malahan kali terakhir Malaysia menjengah aksi perlawanan akhir hanyalah pada tahun 2001 menyebabkan kejayaan melangkah ke final kali ini begitu menggembirakan para peminat bola sepak tempatan.

Maka kenyataan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad bahawa Presiden FAM telah memberi perkenan untuk badan induk itu memberi ganjaran kepada pemain-pemain negara yang dapat menjulang nama Malaysia kelak adalah satu berita yang tiba tepat pada masanya.

Bukanlah berniat untuk memanjakan pemain-pemain dengan wang ringgit tetapi sekurang-kurangnya berita ini akan membakar semangat perjuangan para pemain yang sememangnya amat memahami yang kejayaan yang bakal dicipta nanti bukanlah semata-mata untuk mendapatkan ganjaran tersebut.

Nama dan maruah negara adalah amat penting dari nilai wang ringgit. Oleh itu, kita percaya perkara yang berlegar di minda para pemain adalah bagaimana mereka boleh memenangi perlawanan itu berbanding dari memikirkan berapa jumlah ganjaran yang akan mereka perolehi jika memenangi pingat emas.

Namun apa yang penting sekarang adalah memenangi pingat emas. Ganjaran pasti menyusul andainya lagu Negaraku berkumandang di stadium nanti malahan kita percaya akan ada banyak pihak lain bermurah hati untuk sama-sama meraikan kejayaan Malaysia itu nanti.

Selaku peminat, kita seharusnya menyokong apa sahaja yang baik buat pasukan bola sepak Malaysia. Bagaimanapun, kita mengharapkan segala kejayaan yang bakal menjelma nanti tidak akan terhenti setakat itu sahaja dek khayalan dilimpahi wang ringgit yang melimpah ruah. Namun kita percaya, sebagai pemain profesional mereka mampu menangani situasi tersebut dan semoga ianya akan mengembalikan Malaysia ke laandasan kecemerlangan bola sepak antarabangsa.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)