MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Gallas Mahu Kekal Di Arsenal.

Walaupun dihimpit kritikan bekas ketua pasukan Arsenal, William Gallas tetap tidak mahu meninggalkan kelab itu. Di sebalik kontroversi yang ditimbulkannya, Gallas mahu kekal di Arsenal.

Kelab Perancis, Paris St Germain merupakan antara destinasi kemungkinan buat Gallas namun sumber yang rapat dengan pemain itu menafikan berita yang pemain itu akan meninggalkan The Gunners.

Sumber itu menyalahkan media Inggeris yang memperbesarkan isu itu sedangkan Gallas tidak langsung mahu terbabit dengan isu itu.

Media Britain dikatakan pernah gagal memanipulasi keadaan ketika Gallas terlibat dalam satu insiden di Birmingham tahun lalu dan mereka kini cuba melakukannya sekali lagi dengan harapan Gallas akan mengalah pada keadaan.

Gallas telah diketepikan dalam perlawanan menentang Manchester City di mana Arsenal tewas 0-3 tetapi dia disenaraikan semula dalam pasukan yang berhadapan dengan Dynamo Kiev dalam saingan Liga Juara Eropah.

Sumber itu juga mengatakan bahawa Gallas akan kembali lebih baik dari sebelumnya. Gallas dikatakan menerima kritikan yang diterimanya dan mahu melupakannya. Gallas juga akan menjadi pemain yang lebih baik dan lebih matang.

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)