Gagal Pikat Edin Dzeko, Adebayor Kini Jadi Buruan AC Milan.

Naib Presiden AC Milan, Adriano Galliani mengesahkan yang beliau telah mengadakan rundingan dengan Arsenal tentang kemungkinan untuk mengikat Emmanuel Adebayor.
Pilihan pertama Milan adalah bintang Wolfsburg, Edin Dzeko tetapi kelab Bundesliga itu memaklumkan yang pemain itu bukan untuk dijual, menyebabkan Milan terpaksa mencari alternatif lain.
Galliani memberikan gambaran pada Khamis lalu yang mereka berminat untuk mendapatkan khidmat Adebayor dan kini kelab Serie A itu telah memulakan langkah permulaan ke arah merealisasikan impian itu.
“Kami ada menulis kepada Wolfsburg dan mereka memberikan respon yang Dzeko bukan untuk dijual. Jika Wolfsburg berubah fikiran, mereka bersetuju untuk menghubungi kami,” kata Galliani.
“Adebayor dan Luis Fabiano adalah alternatifnya. Buat Adebayor, kami telah membuat panggilan telefon, dan ianya bukan masalah kerana saya dan Arsene Wenger bersahabat baik,” tambah Galliani.








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.