MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Final Piala Presiden – Selangor vs Perak.

Hari ini bertempat di Stadium Shah Alam pukul 8.45 malam akan berlangsung perlawanan akhir Piala Presiden antara pasukan Selangor menentang Perak. Selangor melangkah ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan Terengganu 3-2 menerusi sepakan penalti setelah terikat dengan agregat 3-3. Pasukan Perak pula mengetepikan UPB-MyTeam dengan agregat 6-1 pada peringkat separuh akhir. Perak merupakan juara bertahan piala ini selepas mengecewakan skuad Kelantan dalam perlawanan akhir tahun lalu.

Berikut adalah kedudukan kedua-dua pasukan pada peringkat kumpulan.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan tahun ini menyebelahi pasukan Selangor. Dalam dua pertemuan, Selangor menang kedua-dua perlawanan itu. Selangor menang 1-0 dalam perlawanan yang diadakan di Ipoh manakala dalam perlawanan kedua yang diadakan di Shah Alam, Selangor turut menang 2-1. Bagaimanapun, dalam perlawanan akhir apa sahaja boleh berlaku. Dengan berbekalkan kejuaraan tahun lalu Perak pastinya mempunyai keazaman yang tinggi untuk mempertahankannya. Selangor pula sedang dalam prestasi terbaik untuk merampas piala ini dari dakapan Perak. Selangor akan turun dalam perlawanan akhir dengan menyenaraikan dua pemain skuad Liga Supernya iaitu Safiq Rahim dan Nasriq Baharom. Pasukan Perak pula akan diperkuatkan oleh dua pemain seniornya iaitu Mohd Noor Hazrul dan Wan Abu Yazid Bustami.

Semoga kedua-dua pasukan akan menunjukkan corak permainan yang menarik dan bermutu tinggi dalam perlawanan akhir ini. Sesungguhnya pemain-pemain Piala Presiden adalah pemain-pemain pelapis bagi skuad negara yang akan datang. Diharap juga peminat-peminat akan membanjiri Stadium Shah Alam bagi memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka. Diucapkan SELAMAT BERJAYA kepada kedua-dua pasukan.

Jumpa lagi di lain artikel.

Rate this:
2.7

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)