IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Final Piala Malaysia - Wan Jamak Dan Sathia Elak Dilabel Pasukan Pilihan.

Label Pasukan Pilihan sebenarnya adalah satu pengiktirafan. Hanya pasukan yang mempunyai karisma dan pencapaian semasa yang hebat biasanya akan menerima pengiktirafan itu.

Ada kalanya, gelaran itu diberikan kepada pasukan yang mempunyai populariti dan rekod pencapaian yang baik dalam sesuatu kejohanan serta berdasarkan pengalaman yang dimiliki mereka.

Entah kenapa, gelaran itu kini seolah-olah ingin dijauhi oleh mana-mana pasukan yang bertanding, lebih-lebih lagi apabila saingan sudah berada di kemuncaknya. Mungkin kerana tiada keyakinan atau untuk mengelak tekanan berlebihan maka masing-masing lebih senang jika mereka dilabel sebagai pasukan ‘underdog’.

Baik jurulatih Kelantan mahupun jurulatih Negeri Sembilan, label pasukan pilihan bukanlah satu gelaran yang begitu dibanggakan mereka. Walaupun jauh di sudut hati mereka ianya sesuatu yang mereka inginkan namun kerana bimbangkan ia akan memberikan tekanan berlebihan kepada anak-anak buah mereka maka mereka mengambil langkah selamat dengan lebih suka menuding jari ke arah lawan mereka untuk menerima gelaran itu.

Ia adalah sesuatu yang normal dalam mana-mana kejohananpun hatta pasukan Brazil sendiripun sering mengelak untuk dilabel sebagai pasukan pilihan kerana bimbangkan gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Oleh itu, apabila B. Sathianathan dan Wan Jamak Hassan mengelak gelaran itu dilabel kepada pasukan bimbingan mereka, ia adalah sesuatu yang mudah difahami. Tekanan melangkah ke final pun sudah cukup kuat apatah lagi jika dilabel pasukan pilihan. Sejarah sebelum ini membuktikannya. Banyak pasukan pilihan gagal memikul gelaran itu dan akhirnya rebah di kaki lawan.

Namun, ada juga pasukan pilihan yang menggunakan gelaran itu sebagai satu cabaran dan penaik semangat untuk membuktikan yang mereka sememangnya layak diberi gelaran itu.

Apa pun gelarannya, pasukan pilihan atau ‘underdog’, hanya tanggapan positif dapat menanganinya dengan baik. Sesuatu perkara jika dipandang pada sudut positif akan keputusannya juga pasti akan jadi positif, begitulah sebaliknya.

Tidak kira apapun gelaran yang akan diberi, hanya kemampuan pemain di atas padang, baik dari segi prestasinya atau dari segi keupayaan mereka menangani tekanan, akan menjadi penentu kepada kejayaan sesebuah pasukan itu.

Semoga kedua-dua pasukan akan mempamerkan aksi menarik dan menghiburkan dalam perlawanan akhir nanti. Diharapkan juga kita akan dapat menyaksikan final terbaik Piala Malaysia berdasarkan jumlah serangan dan corak permainan yang akan ditampilkan oleh kedua-dua pasukan. SEMOGA BERJAYA!

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)