IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Final Piala Carling – Rooney Yakin United Akan Julang Piala Carling.

Wayne Rooney percaya yang Manchester United boleh menjulang Piala Carling kerana merasakan kelab itu lebih kuat dari skuad musim lalu yang memenangi Liga Juara Eropah dan EPL.

United akan berhadapan dengan Tottenham Hotspur dalam perlawanan akhir Piala Carling hari ini, peluang pertamanya menggondol kejuaraan kejohanan domestik musim ini sebelum meneruskan pemburuan gelaran juara EPL, Liga Juara Eropah dan juga Piala FA.

Skuad ‘Red Devils’ telah memenangi kejuaraan kelab dunia FIFA dan pemain berusia 23 tahun itu percaya mereka mampu merangkul empat lagi kejuaraan musim ini.

Kata Rooney, “Saya berharap kami dapat mencapai sasaran kami. Kami mempunyai peluang baik untuk memenangi Piala Carling, kami berada di kedudukan terbaik untuk memenangi gelaran EPL, berada di suku akhir Piala FA dan juga berpeluang cerah dalam saingan Liga Juara Eropah.

“Kami perlukan kerja keras untuk memenangi kesemua piala itu tetapi kami berfikiran positif dan itulah sasaran kami. Kami lebih kuat dari musim lepas walaupun kami memenangi dua kejuaraan utama.”

Rooney juga mengakui yang memenangi piala itu di Wembley adalah impiannya sejak dia kecil lagi.

Bagi pengurus United, Alex Ferguson, beliau mengakui yang beliau sendiri tidak menjangkakan yang United akan mara hingga ke perlawanan akhir Piala Carling.

“Ia adalah bonus buat kami. Kami tidak merancang untuk ke final, sebab itu kami menggunakan khidmat pemain muda sejak dari awal lagi,” kata Ferguson.

“Kami fikir, adalah cukup baik jika sekadar layak ke suku akhir atau separuh akhir tetapi lihat apa yang berlaku. Mereka meningkat dengan cepat dan kami layak ke final, semuanya hasil usaha pemain.”

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)