MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Final Piala Belia – Kelantan vs SSBJ.

Tanpa disedari oleh kebanyakan peminat bola di Malaysia, satu lagi kejohanan akan sampai ke kemuncaknya hari ini. Lebih malang lagi piala yang menjadi rebutan pasukan-pasukan belia negeri bakal menemui noktahnya tahun ini. Ini berikutan keputusan yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menamatkan kejohanan ini setelah ia dipersetujui oleh jurulatih-jurulatih negeri yang hadir dalam Sesi Percambahan Fikiran anjuran FAM bulan lalu.

Piala Belia bakal tiba ke kemuncaknya hari ini. Dua pasukan layak ke perlawanan akhir setelah mengharungi musim yang mencabar. Mengikut format pertandingan, dua pasukan yang menjuarai kumpulan masing-masing bakal berentap dalam perlawanan akhir. Pasukan Kelantan dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) berjaya mengatasi lawan masing-masing untuk ke perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada pukul 4.00 petang ini.

Pasukan Kelantan layak ke perlawanan akhir setelah mengungguli Kumpulan A dengan memungut 47 mata dari 23 perlawanan. Kelantan meninggalkan dua pencabar utamanya, Selangor dan Negeri Sembilan dua mata di belakangnya. Walaupun kalah enam perlawanan namun keupayaannya memenangi 15 perlawanan memberikannya gelaran juara Kumpulan A. Pada tahun 2006, Kelantan hampir untuk mengucup piala ini namun mereka tewas kepada Selangor dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Shah Alam. Kini mereka berpeluang untuk menebus kembali kegagalan 2006 itu sekaligus memenangi edisi terakhir Piala Belia ini. Pasukan Kelantan yang rata-rata dibarisi pemain berusia 18 tahun dibimbing oleh Shamsuddin Awang.

Pasukan SSBJ merupakan juara bertahan bagi kejohanan ini. Pasukan ini dibimbing oleh bekas pemain kebangsaan, Ong Kim Swee. Pemain-pemain pasukan ini terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Empat yang berumur 16 tahun. Bagaimanapun, kebanyakan pemain pasukan ini telah didedahkan dengan banyak perlawanan dan kejohanan menyebabkan prestasi pemain pasukan ini meningkat perlawanan demi perlawanan. Ini boleh dilihat berdasarkan keupayaan pasukan ini menjuarai Kumpulan B dengan memungut 48 mata dari 21 perlawanan. Mereka kalah dalam lima perlawanan tetapi menguasai 16 perlawanan sekaligus mengatasi jauh pencabar-pencabar lain seperti Kuala Lumpur (37 mata) dan Felda United (36 mata). Pemain-pemain SSBJ juga pastinya pasukan yang lebih kemas dan tersusun dari segi gerakannya, corak permainannya dan kemahiran pemainnya. Ini kerana mereka telah dikumpulkan sekian lama untuk berlatih bersama sekaligus mewujudkan keserasian yang jitu di kalangan pemainnya. Sebenarnya, pasukan SSBJ juga merupakan pasukan bawah 17 tahun kebangsaan.

Walaupun pertemuan ini adalah antara pasukan bawah 17 tahun kebangsaan dengan pasukan 18 tahun Kelantan namun ianya bukanlah penyebab untuk menjadikan perlawanan ini berat sebelah. Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Pasukan SSBJ adalah pasukan yang berpengalaman walaupun pemain-pemainnya hanya berumur sekitar 16 tahun. Kelebihan Kelantan pula ialah mereka pasti mendapat sokongan yang jitu dari para penyokongnya memandang perlawanan akhir ini akan berlangsung di Kota Bharu. Pasukan mana yang akan memenangi edisi terakhir Piala Belia ini nanti sama-samalah kita nantikan.

Ramalan riezer – SSBJ 2 Kelantan 1.

Rate this:
3.0

1 Comment »

  1. Comment by no imagekakibangku (Who am I?)

    hoh…SSBJ di ramal menang…mcm x caya lak…setahu aku…team kelantan ni ramai yg berbakat…xpe…kakibangku verdict: SSBJ 0-2 Kelantan!

    Rate this:
    3.2

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)