IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Ferguson Beri Van Der Sar Cuti Tambahan.

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengesahkan yang penjaga golnya, Edwin van der Sar diberikan cuti tambahan ekoran masalah kesihatan yang dialami isterinya.

Isteri penjaga gol berusia 39 tahun itu pengsan hari Rabu minggu lalu dan Van der Sar dijangka tidak akan kembali ke Manchester sehingga kesihatan isterinya pulih semula.

Van der Sar, yang terpaksa berehat panjang kerana mengalami kecederaan buku lali pulang ke Belanda untuk menjalani rawatan. Sepanjang ketiadaannya, tugas selaku penjaga gol United diambil alih oleh Tomasz Kuszczak.

“Annemarie ada masalah kesihatan di Belanda minggu lalu dan telah ditahan di hospital. Itu adalah tempat terbaik buatnya pada masa ini. Pihak hospital telah dua kali membuat pemeriksaan dan sedang cuba mengesan penyakitnya,” kata Ferguson.

“Saya telah berkata kepada Edwin agar tinggal saja di sana. Tiada sebab untuk dia berada di sini. Perkara yang paling penting kepadanya buat masa ini adalah bersama isterinya. Semoga isterinya akan pulih semula,” tambah Ferguson.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)