IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Essien Terpaksa Berehat Selama Enam Minggu.

Chelsea menjangkakan yang Michael Essien terpaksa diketepikan antara empat hingga enam minggu apabila mengalami kecederaan buku lali ketika menjalankan tugas antarabangsa di Kejohanan Negara Afrika bersama Ghana.

Essien dengan segera dibawa pulang awal dari kejohanan di Angola itu selepas mengalami kecederaan itu ketika menjalani latihan pada hujung minggu lalu.

Pemain tengah Chelsea itu dibawa untuk menjalani rawatan di kelab itu sebaik dia pulang dan pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mengumumkan yang kecederaan Essien itu mungkin menyebabkan pemain itu berehat sehingga bulan Mac.

Bagaimanapun, dengan prestasi terkini Chelsea dalam tiga perlawanan terakhirnya dan menjaringkan 14 gol pada ketiga-tiga perlawanan itu, Ancelotti tidak mahu memecahkan gandingan pemain sedia ada dan percaya yang beliau tidak perlu membeli pemain baru bulan ini.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)