MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Drogba Digantung Tiga Perlawanan.

Didier Drogba dijatuhkan hukuman penggantungan tiga perlawanan oleh FA England selepas penyerang Chelsea itu mengakui bahawa dia ada bertindak balas akan perbuatan penyokong lawan melontar wang syiling kepadanya ketika Chelsea menentang Burnley dalam saingan pusingan keempat Piala Carling. Drogba melontar objek yang dipercayai wang syling ke arah tempat duduk penyokong lawan ketika meraikan kejayaannya menjaringkan gol buat Chelsea.

Ini bermakna Drogba bakal diketepikan dalam perlawanan Chelsea menentang Newcastle United, Arsenal dan Bolton. Bagaimanapun, Drogba boleh diturunkan ketika Chelsea menentang Bordeaux dalam saingan Liga Juara Eropah pada 26 November kerana hukuman itu hanya berkuatkuasa kepada perlawanan domestik sahaja.

Drogba menerima hukuman yang sama diterima oleh pemain Liverpool, Jamie Carragher yang digantung tiga perlawanan kerana melontar wang syiling dalam saingan Piala FA menentang Arsenal pada 2002.

Ini bermakna keinginan penyokong Chelsea melihat Drogba digandingkan dengan Nicolas Anelka tertangguh lagi disebabkan insiden ini. Drogba walaupun telah memohon maaf kepada penyokong Burnley akan perbuatannya itu tetapi terpaksa menanggung akibatnya.

Drogba juga bakal dikenakan denda oleh kelabnya yang dikatakan melibatkan nilai 180,000 pound. Ini berikutan pihak pengurusan Chelsea dikatakan kurang gembira dengan insiden ini.

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)