Melibatkan Nilai 56 Juta Pound, Real Madrid Berjaya Pikat Kaka ?
Masa depan pemain tengah Brazil, Kaka diselubungi misteri selepas sebuah radio Sepanyol melaporkan yang pemain itu telah menyertai Real Madrid dengan nilai 56 juta pound, tetapi jurucakap pemain itu dan AC Milan tegas menafikan laporan itu.
Real sedang bersedia untuk mendapatkan pemain baru berikutan kembalinya Florentino Perez sebagai Presiden kelab itu.
Di sebalik tiada permintaan Kaka untuk meninggalkan AC Milan, adalah dipercayai tawaran itu sukar ditolak, tidak seperti tawaran dari Manchester City pada Januari lalu, ada kemungkinan pemain itu tidak akan menolak tawaran itu.
Yuran perpindahannya bakal mencatat rekod baru, mengatasi rekod 46 juta pound sewaktu Real membayar kepada Juventus untuk mengikat Zinedine Zidane pada 2001. Ia juga bermakna, Real akan memegang rekod tiga yuran perpindahan tertinggi di dunia, dengan yuran 37 juta pound sewaktu mendapatkan Luis Figo dari Barcelona melengkapkan senarai itu.
Laporan radio berkenaan juga mendakwa yuran sebanyak 56 juta pound (65 juta euro) itu telah dipersetujui oleh bapa Kaka yang juga ejennya, Bosco Leite.








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.