MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Detik Penentuan Euro’08 – Sepanyol Atau Jerman ?

Setelah mengharungi minggu-minggu yang mendebarkan, Kejohanan Negara-Negara Eropah 2008 (Euro’08) kini tiba ke detik penentuan. Dua pasukan utama Eropah kini tinggal untuk bersaing menentukan juara Euro’08. Sepanyol dan Jerman berjaya menepis cabaran di sepanjang perjalanan mereka ke perlawanan akhir.

Pasukan Sepanyol adalah merupakan pasukan paling konsisten dalam kejohanan ini. Mereka memenangi kesemua perlawanan peringkat kumpulan sekaligus mengutip sembilan mata maksima. Mereka menewaskan Russia 4-1, menewaskan Sweden 2-1 dan mengalahkan Greece juga 2-1. Di peringkat suku akhir, mereka menewaskan juara dunia Itali 4-2 melalui penentuan sepakan penalti setelah seri 0-0 pada masa penuh. Mereka melangkah ke akhir setelah mengenepikan cabaran Russia 3-0 di peringkat separuh akhir.

Perjalanan pasukan Jerman ke final pula penuh berliku. Mereka memulakan kejohanan dengan baik apabila mengalahkan Poland 2-0 tetapi tewas mengejut 1-2 kepada Croatia. Mereka bangkit semula untuk menewaskan Austria 1-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan. Di suku akhir mereka mengalahkan Portugal 3-2 walaupun Portugal dikatakan pilihan untuk ke peringkat seterusnya. Jerman kemudiannya menghadapi cabaran sengit Turki sebelum menumpaskan pasukan itu 3-2 di peringkat separuh akhir.

Kedua-dua pasukan ini mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jentera serangan kedua-dua pasukan merupakan antara yang terbaik di kejohanan ini. Sepanyol mempunyai David Villa, Fernando Torres dan Cesc Fabregas yang begitu tajam di depan gol lawan. Walaupun David Villa mengalami kecederaan dan dijangka tidak diturunkan dalam perlawanan akhir namun Sepanyol boleh mengharapkan pemain-pemain lain seperti Daniel Guiza dan David Silva untuk menjaringkan gol.

Jerman pula mempunyai pemain-pemain hadapan yang begitu berpengalaman. Lukas Podolski, Miroslav Klose, Bastian Schweinsteiger dan Michael Ballack sentiasa mencari peluang mengkucar-kacirkan pertahanan lawan. Miroslav Klose umpamanya mempunyai kekuatan lonjakan kaki yang membolehkannya berupaya menjaringkan gol melalui tandukan manakala Ballack memang sudah terkenal dengan sepakan percumanya yang deras.

Sejarah pertemuan kedua-dua pasukan menunjukkan dari sejumlah 19 perlawanan, Jerman memenangi 8 perlawanan berbanding cuma 5 perlawanan yang dimenangi oleh Sepanyol. Selain itu, mereka seri dalam 6 perlawanan. Jerman berjaya menjaringkan 26 gol ke atas lawan mereka berbanding 21 gol yang dijaringkan Sepanyol ke atas Jerman.

Kini peminat kedua-dua pasukan hanya menanti wisel ditiup oleh pengadil perlawanan Roberto Rosetti dari Itali. Walaupun statistik pertemuan Jerman-Sepanyol memihak kepada Jerman tetapi jika prestasi semasa diambil kira Sepanyol pasti berkelebihan untuk mengatasi lawannya itu. Dalam perlawanan akhir apapun boleh berlaku. Bola itu bulat. Pasukan yang melakukan paling sedikit kesalahan pasti akan menang. Sama-samalah kita saksikan pertembungan kedua-dua gergasi Eropah ini dalam perlawanan akhir Euro’08. Apakah ramalan anda? Berapakah jumlah gol yang bakal dihasilkan? Dan siapakah yang akan muncul wira dalam final ini?

Ramalan riezer – Sepanyol 2 Jerman 1.

Nyatakan ramalan anda. Jumpa lagi di artikel yang lain pula.

Rate this:
2.5

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)