MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

CYC – KBS Akan Bawa Kes Ke Mahkamah.

Isu penganjuran Piala Juara-Juara Belia (CYC) kini semakin meruncing. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Gifted Group Limited (GGL) dilihat sudah berpatah arang. Masing-masing tidak mahu mengaku kesalahan sendiri sebaliknya saling tuding-menuding kononnya merekalah di pihak yang benar.


Pihak KBS yang mengeluarkan belanja untuk menganjurkan kejohanan ini berkeras mengatakan bahawa mereka hanyalah pihak yang menyediakan wang manakala pihak GGL yang sepatutnya mengutus surat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mendapatkan pengiktirafan menganjurkan kejohanan itu. Yang menyebabkan KBS beria-ia menyalahkan GGL adalah kerana katanya GGL mendakwa telah mendapatkan kebenaran FAM untuk menganjurkan kejohanan itu selama tiga tahun, sesuatu yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh FAM.

KBS juga mengarahkan GGL meneruskan kejohanan ini dan menganggap kegagalan GGL melaksanakannya sebagai melanggar perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini. GGL bertindak mendiamkan diri dan pengerusinya iaitu Jonathan Price telah mengarahkan peguamnya menfailkan kes ini ke mahkamah dengan alasan KBS tidak memaklumkan kepada pihaknya sebarang keputusan sehingga tarikh akhir yang diberinya tamat. Oleh itu, mereka beranggapan bahawa sebenarnya pihak KBS lah yang tidak mahu menganjurkan kejohanan itu sedangkan GGL telah menggunakan wang untuk menampung sebahagian kos penganjuran.

Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob tetap dengan pendiriannya bahawa KBS bukan di pihak yang bersalah dan telah menyerahkan kes ini kepada Penasihat Undang-undang kementeriannya. Beliau juga menekankan bahawa tanggungjawab KBS telah dilaksanakan cuma di pihak GGL tanggungjawab itu gagal dilunaskan. Katanya lagi, bagaimana mahu menyokong permohonan GGL jika GGL sendiri tidak menghantar sebarang permohonan kepada FAM? Kini pihak KBS akan menunggu reaksi dari pihak GGL. Mereka mempunyai pilihan sama ada mengheret pihak GGL ke mahkamah dahulu atau menunggu pihak GGL yang menyaman mereka dahulu.

Dengan tarikh kejohanan ini yang tinggal sebulan, tiada apa yang boleh dilakukan oleh kedua-dua pihak untuk meneruskannya. Percakaran yang tercetus ini tampak tiada kesudahannya. Kedua-dua pihak asyik cuba menegakkan benang basah masing-masing. Nampaknya hanya ada satu tempat sahaja yang boleh menyelesaikannya iaitu mahkamah. Siapa yang betul dan siapa yang salah biarkanlah mahkamah yang menentukannya.

Jumpa lagi di artikel yang lain pula.

Artikel berkaitan :

KBS Teruskan Penganjuran CYC.

CYC - Kementerian Belia dan Sukan Tersepit.

CYC - Salah Siapa ?

CYC - Kemelut Belum Berakhir.

Rate this:
2.5

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)