IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Carlos Tevez Kini Sah Milik Manchester City.

Carlos Tevez telah melengkapkan perpindahannya ke Manchester City dengan menandatangani kontrak selama lima tahun dan pada masa yang sama menafikan kenyataan Sir Alex Ferguson yang dia enggan melayan panggilan telefon dari pengurus United itu.

Ferguson sebelum ini mendakwa yang beliau telah cuba menghubungi Tevez beberapa kali mengenai kontrak baru pemain itu yang akan mengekalkannya di Old Trafford namun seringkali gagal. Kini Tevez tampil untuk menafikannya.

Tevez, yang menyumbang dana perpindahan 25 juta pound berkata, “Saya bermain di sana selama dua tahun dan Sir Alex tidak pernah menelefon atau menghantar mesej kepada saya sepanjang tempoh itu.”

“Satu-satunya peluang kami berbincang adalah selepas perlawanan menentang Roma, itupun tentang pemergian saya untuk tugasan antarabangsa bersama Argentina.”

Penyerang Argentina itu bagaimanapun merakamkan penghargaan kepada Ferguson, David Gill (Ketua Eksekutif United) dan para penyokong United yang telah menyokongnya sepanjang dia bermain di kelab itu.

“Kini saya mempunyai kehidupan baru dan saya berasa gembira berada di Manchester City,” tambah Tevez.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)