Carlos Tevez Kini Jadi Rebutan Manchester City Dan Chelsea.

Manchester City dan Chelsea adalah dua kelab pilihan untuk mendapatkan khidmat Carlos Tevez selepas dia membuat keputusan menolak untuk menandatangani perjanjian baru dengan Manchester United kerana ‘dia bukanlah seorang pemain yang dikehendaki di Old Trafford’.
Ketua Eksekutif United, David Gill telah berbincang dengan penasihat Tevez, Kia Joorabchian, dengan harapan dapat mengekalkan penyerang Argentina itu namun di sebalik tawaran kontrak baru selama lima tahun yang membolehkan Tevez menjadi salah seorang pemain yang dibayar dengan nilai tinggi di kelab itu, pemain yang berusia 25 tahun itu membuat keputusan untuk meninggalkan United.
Menurut Kia Joorabchian, Tevez terkeluar dari prospek perpindahan ke Liverpool berikutan rasa hormatnya kepada penyokong United berikutan persaingan sengit yang selalu berlaku antara United dan Liverpool, tetapi membuka ruang untuk menyertai City atau Chelsea.
Kia Joorabchian merasakan keputusan Tevez menolak tawaran kontrak lima tahun itu bukan disebabkan oleh wang tetapi kelewatan United mengemukakan tawaran baru membuatkan pemain itu kecewa.
Tevez dikatakan amat berat hati untuk meninggalkan Old Trafford namun terpaksa membuat keputusan itu dan dia dijangka akan mengumumkan keputusannya pada awal bulan Julai nanti.








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.