Benzema Mahu Ikuti Jejak Zinedine Zidane.
Karim Benzema berazam untuk mengikuti jejak dua wira pujaannya iaitu Zinedine Zidane dan Ronaldo selepas melengkapkan perpindahannya pada hari Khamis lalu.
Sudahpun melepasi ujian perubatan dan menandatangani kontrak selama enam tahun bersama kelab Sepanyol itu pada awal pagi, Benzema kemudiannya diperkenalkan sebagai pemain Madrid di hadapan 20,000 penyokong pada sebelah petang di Bernabeu.
Pengenalan Benzema kebetulannya pada hari yang sama lapan tahun lalu di mana pemain pujaannya, Zidane diperkenalkan kepada khalayak setelah mencatat rekod perpindahan dunia dari Juventus.
Seperti Ronaldo, Zidane memahat nama sebagai lagenda Madrid sepanjang dia bermain di kelab itu sebelum bersara dari bermain pada 2006.
Bekas pemain terbaik dunia itu kini kembali ke Madrid sebagai penasihat kepada Presiden Madrid, Florentino Perez tetapi Benzema menegaskan yang Zidane bukanlah watak utama yang mendorong perpindahannya ke Madrid sebaliknya Perez.
Pemain antarabangsa Perancis itu berpindah ke Madrid dengan kos 35 juta pound dan boleh meningkat ke 41 juta pound bergantung kepada prestasinya. Benzema merupakan pemain keempat yang dipikat Madrid sejak Perez mengambil alih jawatan Presiden pada awal bulan Jun lalu.
Dengan hanya empat pemain yang dipikat, Madrid semakin hampir untuk mencecah nilai 200 juta pound musim panas ini dan dijangka ada lagi nama besar yang akan dipikat oleh kelab itu.









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.