Benitez Tidak Benarkan Torres Jalani Pembedahan.
Rafael Benitez menegaskan yang Liverpool tidak mempunyai keperluan untuk menghantar penyerangnya, Fernando Torres menjalani pembedahan atas kecederaan hernia yang dialaminya.
Pengurus Liverpool itu memberi reaksi atas cadangan Sepanyol yang mahukan penyerangnya itu segera menjalani pembedahan untuk mengelakkan sebarang risiko kecederaan yang boleh menghalang peluangnya beraksi di pusingan akhir Piala Dunia.
Torres telah bermain dalam dua perlawanan penuh sejak kembali dari rawatan rapi tetapi kelihatan belum berada di prestasi terbaiknya. Pemain itu akan mengetuai semula jentera serangan dalam perlawanan akan datang dan Benitez berharap Torres akan menyerlah semula.
“Pembedahan itu tiada langsung dalam fikiran kami dan saya agak terkejut apabila mendengar cadangan itu dari pihak Sepanyol kerana kami mempunyai hubungan kerja yang baik dengan pasukan perubatan mereka,” kata Benitez.
“Kami akan terus memantau keadaan Torres dan melihat perkembangannya dari satu perlawanan ke satu perlawanan,” tambah Benitez.









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.