IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Benitez Resah, Liverpool Kehilangan Khidmat Gerrard Selama Tiga Minggu.

Liverpool terpaksa menerima hakikat yang mereka bakal kehilangan khidmat ketua pasukannya, Steven Gerrard yang mengalami kecederaan hamstring selama tiga minggu selepas pemain itu menjalani pemeriksaan perubatan.

Gerrard terpaksa dikeluarkan hanya selepas beraksi selama 16 minit ketika perlawanan menentang Everton dalam saingan pusingan keempat Piala FA yang menyaksikan Liverpool tumbang 0-1 hasil jaringan pemain muda Everton, Dan Gosling pada masa tambahan.

Kenyataan dalam laman web rasmi kelab itu menyebut yang imbasan telah dilakukan pada kaki pemain itu dan disahkan dia mengalami kecederaan hamstring pada kaki kirinya.

Gerrard akan terlepas kunjungan ke Portsmouth pada hujung minggu ini dan pasti kecewa kerana akan terlepas aksi pada pertembungan dengan Real Madrid dalam saingan Liga Juara Eropah pada 25 Februari. Dia juga bakal disisihkan oleh Fabio Capello ketika skuad England bertemu dengan juara EURO’08, Sepanyol dalam aksi persahabatan di Seville pada hari Rabu depan.

Salah satu sebab Rafael Benitez memilih untuk menjual Robbie Keane adalah kerana kelebihan Gerrard bermain di belakang Fernando Torres, yang turut mempamerkan aksi mengecewakan di Goodison Park.

Benitez kini perlu berhati-hati dengan keadaan Gerrard dalam pasukannya tetapi pada masa yang sama mencari pemain yang sesuai mengisi tempat ketua pasukan Liverpool itu.

“Dia adalah pemain penting buat kami. Adalah amat sukar untuk bermain tanpanya,” kata Benitez.

“Anda tidak boleh mengubah keadaan jadi lebih baik kami menumpukan perhatian kepada perlawanan seterusnya. Kami mempunyai beberapa masalah dengan kecederaan pemain dan Portsmouth merupakan pasukan yang kuat, jadi kami perlukan pemain yang cergas.”

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)