MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Benitez Pasrah Keadaan Torres.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menyerahkan kepada keadaan sama ada dapat menurunkan Torres atau tidak dalam perlawanan menentang bekas kelabnya, Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara Eropah di Anfield awal pagi nanti. Torres terlepas lima aksi bersama Liverpool setelah mengalami kecederaan kaki ketika mewakili Sepanyol dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 bulan lalu. Ketiadaannya juga menyaksikan Liverpool tumpas 1-2 kepada Tottenham Hotspur dalam saingan EPL Sabtu lalu yang juga merupakan kekalahan pertama Liverpool musim ini.

Liverpool akan menanti kunjungan Atletico di Anfield dan Benitez mengharapkan Torres segera cergas untuk diturunkan dalam perlawanan itu. Benitez dalam kenyataannya kepada laman web rasmi kelab itu memberitahu bahawa Torres telah berusaha keras untuk kembali cergas dengan berlatih setiap hari. Peluang Torres untuk diturunkan mencecah 70 peratus tetapi Benitez tidak mahu mengambil risiko menurunkannya jika Torres belum bersedia.

Benitez bagaimanapun belum membuat keputusan muktamad mengenainya. Beliau lebih suka menunggu hingga di saat akhir sebelum menamakan kesebelasan utamanya yang akan turun menentang Atletico. Sekiranya Torres bersedia untuk diturunkan, Benitez tidak akan teragak-agak untuk menurunkan penyerang Sepanyol itu dalam perlawanan itu.

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)