IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Benitez Harapkan Gerrard Dan Torres Segera Pulih Dari Kecederaan.


Rafael Benitez kini pening kepala memikirkan yang beliau kehilangan khidmat dua pemain utamanya, Steven Gerrard dan Fernando Torres dalam kunjungan ke Sunderland hari ini.

Gerrard kini sedang menjalani proses pemulihan dari kecederaan otot sekembalinya dari tugas antarabangsa bersama England, dan selepas bermain dalam perlawanan yang dimenangi England ketika menentang Belarus, dia dikatakan tidak cergas untuk menyertai barisan pemain Liverpool ke Sunderland.

Torres pula disahkan mengalami kecederaan belakang ketika bermain untuk Sepanyol dan tidak diturunkan ketika juara Eropah itu menentang Bosnia Herzegovina hari Rabu lalu.

Jika pasangan itu gagal cergas untuk perlawanan menentang Sunderland, Benitez berharap mereka akan cergas untuk saingan Liga Juara Eropah menentang Olympique Lyon minggu depan.

Pada ketika Liverpool perlu bangkit dari kekalahan kepada Chelsea tempoh hari, Benitez pula perlu menerima dihimpit dengan masalah kecederaan pemain dari segala sudut.

Beliau telahpun kehilangan pemain pertahanan Greece, Sotirios Kyrgiakos selama enam bulan, selepas pemain pertahanan tengah Liverpool itu mengalami kecederaan buku lali yang serius ketika mewakili negaranya menentang Luxemborg hari Rabu lalu.

Pemain berusia 30 tahun itu hanya sekali bermula dalam kesebelasan utama Liverpool sejak perpindahannya yang bernilai 1.5 juta pound ke Anfield pada musim panas lalu.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)