Benitez Adakan Perbincangan Kontrak Barunya.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez bakal mengadakan perbincangan untuk menandatangani kontrak baru bersama kelab EPL itu. Warga Sepanyol itu dijangka akan ditawarkan kontrak baru berdasarkan prestasi semasa Liverpool yang agak baik pada musim ini. Benitez akan mengadakan pertemuan dengan pemilik kelab, George Gillett dan Tom Hicks pada minggu hadapan untuk berbincang tentang perkara itu.
Sebelum ini masa depan Benitez bersama Liverpool dikatakan tidak menentu namun suasananya sudah bertukar buat masa ini. Perbincangan tiga penjuru antara Benitez, Gillett dan Hicks dijangka akan menyebelahi Benitez yang bakal ditawar kontrak baru bersama The Reds.
Dengan Liverpool berada di tempat kedua EPL dan hanya dipisahkan oleh perbezaan gol dengan Chelsea disamping situasi Liverpool yang hampir layak ke fasa kalah mati Liga Juara Eropah, semuanya menyebelahi Benitez. Keutamaan dalam perbincangan nanti sudah pastilah mengenai tempoh kontrak Benitez yang bakal tamat pada musim depan.

Benitez mengesahkan bahawa dia telah menerima panggilan telefon dari kedua-dua pemilik Liverpool itu untuk membincangkan masa depannya bersama Liverpool. Katanya, perbualan telefon itu menampakkan sesuatu yang positif bakal berlaku.
Bagi Benitez, ia mudah sahaja. Beliau mahu kekal bersama Liverpool. Keluarganya juga sudah selesa berada di Anfield di samping penerimaan penyokong Liverpool terhadap mereka. Selain itu, prestasi Liverpool yang makin meningkat dan projek stadium baru yang bakal menjadi kenyataan turut memikat Benitez untuk kekal di Liverpool.
Jika diberi pilihan, Benitez mahu kekal lebih lama bersama Liverpool. Jika boleh dia mahu kekal sehingga stadium baru Liverpool siap dibina. Sambil berjenaka, Benitez berkata jika boleh dia mahu kekal 20 tahun lagi bersama Liverpool.
| 2.5 |




















No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.