Benitez – Gerrard Sepatutnya Dinamakan Pemain Terbaik PFA.
Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menegaskan yang Steven Gerrard sepatutnya dipilih sebagai Pemain Terbaik Tahunan PFA.
Dipercayai bintang Manchester United, Nemanja Vidic dan Ryan Giggs adalah pilihan utama untuk memenangi anugerah itu, tetapi Benitez merasakan Gerrard lebih layak.
Pemain tengah England itu sedang berada di prestasi terbaik dalam kerjayanya dan telah menjaringkan 21 gol musim ini untuk menjadi watak penting dalam usaha Liverpool memburu kejuaraan liga.
“Saya pasti akan mengundinya. Jika dia boleh bermain sehingga tahap ini, mengapa tidak?” soal Benitez.
“Bagi saya Stevie adalah salah seorang pemain terbaik dunia. Untuk mengatakan dia adalah pemain terbaik dunia mungkin sukar kerana ada ramai pemain yang berkualiti tetapi dia adalah salah seorang darinya, itu sudah pasti.”
“Dia semakin matang, dia masih terus belajar tetapi secara teknikalnya dia semakin meningkat. Dia masih boleh meningkat lagi kerana dia mempunyai potensi itu.”
Gerrard kini berada bersama skuad England yang sedang membuat persiapan menentang Ukraine.
“Dia seorang pemain yang berkualiti dan sentiasa berusaha keras ketika sesi latihan. Ini adalah sesuatu yang positif buat skuad Liverpool. Anda tahu, setiap kali dia bermain kami mempunyai lebih peluang untuk menang,” tambah Benitez.
Benitez percaya perubahan posisi Gerrard yang bermain di belakang Fernando Torres telah membantu melonjakkan prestasi ketua pasukan Liverpool itu.
“Mengubah posisinya dan menyaksikannya bermain di posisi berbeza ternyata banyak membantunya. Dia menjaringkan 23 gol dalam satu musim dan kini sudah menjaringkan 21 gol, sudah pasti dia akan menjaringkan lebih banyak gol sehingga penghujung musim ini.”
“Apabila Gerrard dan Torres berada bersama kami, keseluruhan pasukan akan berasa lebih berkeyakinan. Itu sudah tentu baik buat pemain-pemain lain dan pasukan ini,” kata Benitez lagi.
| 3.1 |









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.