Beckham Sah Sertai Milan.

David Beckham mengesahkan bahawa dia akan menyertai kelab Itali, AC Milan secara pinjaman selama dua bulan bermula pada bulan Januari nanti. Kedua-dua pihak telah bersetuju dengan syarat-syarat kontrak mereka pada hari Khamis lalu. Pemain berusia 33 tahun itu akan mula memasuki kem Milan pada 7 Januari depan dan akan menghadapi perlawanan pertamanya di Serie A empat hari kemudian ketika Milan menentang AS Roma.
Beckham dijangka kembali ke Los Angeles Galaxy pada awal bulan Mac untuk membuat persediaan bagi menghadapi Major League Soccer (MLS) yang akan membuat sepakan mula pada 19 Mac. Menurut pengarah Milan, Umberto Gandini jangkamasa pinjaman Beckham bergantung sepenuhnya kepada pemain England itu. Bagaimanapun, beliau sedar bahawa komitmen pemain itu adalah bersama LA Galaxy di MLS dan beliau menjangka Beckham akan kembali ke Amerika Syarikat apabila tiba masanya.
Gandini juga mengesahkan bahawa Milan tiada niat untuk mengikat Beckham secara tetap. Bagi Gandini hanya Beckham sahaja yang tahu tentang perancangan masa depan kariernya. Bagaimanapun, umum mengetahui bahawa tujuan utama Beckham menyertai Milan secara pinjaman adalah kerana untuk mengekalkan kecergasannya sepanjang dua bulan ketika MLS berhenti rehat pada bulan Januari nanti. Ia juga ekoran saranan Fabio Capello agar Beckham mencari liga yang kompetitif sepanjang tempoh rehat MLS sebagai satu cara mengembalikan prestasi baiknya.
| 3.1 |






















No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.