MAMPUKAH LIGA MALAYSIA MENARIK MINAT PENYOKONG TANPA PEMAIN IMPORT?
Powered by MaxBlogPress  

Beckham Ke AC Milan Demi Karier.

David Beckham menafikan bahawa keinginannya bermain untuk kelab Itali, AC Milan adalah kerana wang. Sebaliknya dia hanya bertujuan memantapkan permainannya dengan menyertai Milan secara pinjaman untuk tempoh yang pendek. Ini berikutan cadangan pengurus England, Fabio Capello supaya Beckham menyertai liga yang lebih kompetitif bagi meningkatkan prestasinya yang pada pandangan Capello masih di tahap yang rendah. Beckham tiada pilihan lain dan dengan menyertai Milan supaya dirinya sentiasa cergas walaupun ketika tempoh liga utama Amerika Syarikat berehat.

David Beckham yang menandatangani kontrak selama lima tahun dengan LA Galaxy untuk bermain di Major League Soccer (MLS), Amerika Syarikat pada tahun 2007 hanya akan tamat kontraknya pada 2013. Bagaimanapun, penyertaan Beckham bersama Milan adalah secara pinjaman selama dua bulan memandangkan MLS akan bercuti sepanjang tempoh itu sebelum musim baru bermula.

Beckham, 33, akan menandatangani kontrak berlatih dan bermain dengan AC Milan dalam tempoh terdekat. Beckham ketika diminta mengulas mengenai perkara itu menegaskan bahawa keutamaannya tetap kepada LA Galaxy dan penyertaannya dengan Milan lebih kepada memastikan dirinya sentiasa cergas sepanjang masa. Apabila musim MLS baru bermula, dia pasti akan kembali menyertai kelab Amerika itu semula.

Beckham juga memberitahu bahawa perjanjian antara dirinya dengan kelab Itali itu belum muktamad kerana masih ada perkara yang perlu diperhalusi. Dia berharap hasratnya itu akan diterima oleh Milan. Menurutnya lagi, bermain bersama dua bintang Brazil iaitu Kaka dan Ronaldinho pasti membantu dalam memantapkan kariernya.

Jika hasrat Beckham ini berjaya, maka ini adalah kali kedua dia menyertai kelab lain ketika MLS berhenti rehat. Beckham pernah menyertai latihan bersama kelab Arsenal selama sebulan setengah sebelum kembali mewakili Galaxy.

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)