Beckham – Sertai AC Milan Membuatkan Saya Lebih Cergas.

David Beckham mengakui yang kerjayanya bersama skuad England mendapat manfaat dari perpindahan secara pinjamannya bersama AC Milan di San Siro.
Ketika ditemui selepas sesi latihan bersama England untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Slovakia, Beckham berkata, “Yang pastinya, berada di AC Milan membolehkan saya menyertai tahap permainan di peringkat tertinggi dan ia penting sebagai bekalan menghadapi perlawanan antarabangsa. Saya gembira menyertai skuad Milan dan diharapkan ianya berterusan.”
“Saya fikir, kecergasan saya semakin meningkat. Ketika saya tiba di Dubai bersama Milan, tahap kegemukan saya adalah 13.7 tetapi kini hanya 8.5, jadi saya rasa ianya lebih kepada tahap kecergasan berbanding perkara lain. Saya juga sudah semakin serasi dengan corak permainan di Serie A.”
“Saya melakukan perkara yang sama ketika saya berpindah ke Real Madrid dari Manchester United tetapi saya merasakan saya lebih berjaya di Milan dan saya gembira menjadi sebahagian dari pasukan ini,” tambah Beckham.
Dia juga mengakui yang setiap pertambahan kepada ‘cap’nya mewakili England akan dianggapnya sebagai bonus.
Bekas kapten pasukan England itu telah mewakili England sebanyak 109 kali dan akan memecahkan rekod yang dipegang lagenda bola sepak England, Bobby Moore sekiranya dia diturunkan dalam perlawanan persahabatan menentang Slovakia nanti.
“Setiap kali saya bermain dengan England, ia saya anggap sebagai satu penghargaan. Semua pemain akan merasai perasaan yang sama setiap kali mereka bermain bersama England. Tetapi untuk menjadi pemain yang memegang ‘cap’ tertinggi sebagaimana impian saya, ia ternyata suatu penghargaan yang tiada tolok bandingnya,” kata Beckham lagi.
Bekas pemain tengah Manchester United itu masih berpeluang untuk mengatasi satu lagi rekod yang dipegang oleh Peter Shilton sebanyak 125 penampilan tetapi Beckham menegaskan itu bukanlah sasarannya.
| 3.1 |








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.