Barisan Skuad England Hadapi Croatia Diumum, Owen Masih Gagal Pikat Capello.
Michael Owen sekali lagi disisihkan oleh Fabio Capello dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 apabila England dijadualkan bertemu Croatia pada 9 September ini di Wembley.
Situasi itu menunjukkan tanggapan ramai pihak sebelum ini yang penyertaan Owen ke dalam skuad Manchester United untuk menghadapi saingan EPL musim baru ini akan membuka semula ruang buatnya menyertai skuad kebangsaan England ternyata meleset sama sekali.
Walaupun penyerang berusia 29 tahun itu telahpun menemui sentuhan gol dengan jaringan pertamanya dalam saingan kompetitif ketika perlawanan United menentang Wigan minggu lalu, namun Capello tetap memandang sepi prestasi penyerang yang berada dalam senarai keempat penjaring terbanyak England itu.
Untuk bersikap lebih adil, Owen seharusnya tidak terlalu berharap untuk disenaraikan kerana pada ketika ini pesaingnya di bahagian serangan, Jermain Defoe lebih memuncak prestasinya dan telahpun meledakkan jaringan buat kelabnya, Tottenham Hotspur serta buat pasukan England secara konsisten selain membantu kelabnya memulakan aksi liga musim ini dengan cemerlang.
Keputusan itu bermakna Owen bukan sahaja tercicir dari senarai pasukan England yang akan menentang Croatia, di mana kemenangan akan mengesahkan tempat England dalam kejohanan sebenar Piala Dunia di Afrika Selatan, malah dia juga hanya akan menyaksikan dari jauh perlawanan pershabatan antara England menentang Slovenia pada 5 September ini.
Berikut adalah senarai penuh barisan pemain yang diumumkan oleh Capello untuk menganggotai skuad England.
Foster (Manchester United), Green (West Ham), Robinson (Blackburn), Johnson (Liverpool), Brown (Manchester United), Upson (West Ham), Terry (Chelsea, capt), Lescott (Manchester City), A Cole (Chelsea), Bridge (Manchester City), Wright-Phillips (Manchester City), Lennon (Tottenham), Beckham (Los Angeles Galaxy), Barry (Manchester City), Lampard (Chelsea), Carrick (Manchester United), Gerrard (Liverpool), A Young (Aston Villa), Milner (Aston Villa), Rooney (Manchester United), Heskey (Aston Villa), Defoe (Tottenham), C Cole (West Ham), Crouch (Tottenham).









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.