Barcelona Tolak Dakwaan Perpindahan Guardiola.
Presiden Barcelona, Joan Laporta menolak spekulasi tentang kemungkinan perpindahan pengurusnya, Pep Guardiola ke Manchester United dan menegaskan yang pengurusnya itu akan menandatangani perjanjian baru di Nou Camp.
Pengurus berusia 39 tahun itu dikaitkan dengan laporan untuk berpindah ke Manchester United bagi menggantikan Sir Alex Ferguson selepas mempamer kemampuan membimbing Barca mencatat prestasi memberangsangkan.
Barcelona merangkul enam kejuaraan di bawah bimbingan Guardiola musim lepas termasuk kemenangan ke atas Manchester United dalam perlawanan akhir Liga Juara Eropah di Rome.
Kontrak Guardiola akan tamat akhir musim ini dan ini menimbulkan khabar angin yang beliau mungkin akan meninggalkan Barca. Bagaimanapun, Laporta yakin yang Guardiola akan terus bersama pasukan Catalan itu dan membimbing mereka mencatat banyak lagi kejayaan.









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.