Barcelona Boleh Berjaya Tanpa Messi.
Barcelona berpeluang untuk menduduki tangga teratas Kumpulan C dalam saingan Liga Juara Eropah sekaligus membuktikan yang mereka juga boleh berjaya tanpa kehadiran Lionel Messi sekiranya menang ke atas Sporting Lisbon awal pagi nanti.
Rekod kemenangan Barca sebanyak lapan perlawanan berturut-turut dalam saingan liga domestik Sepanyol berkecai Ahad lalu selepas sekadar seri 1-1 dengan Getafe.
Penyerang Argentina, Messi yang telah menjaringkan empat gol dalam saingan kumpulan Liga Juara Eropah tidak berada dalam senarai pemain Barca yang akan berkunjung ke Portugal.
“Lionel adalah pemain penting dalam pasukan kami dan amat malang buat pasukan apabila dia tidak dapat menyertai kami,” kata Victor Valdes.
“Bagaimanapun, kami tidak seharusnya terlalu mengharap akan kebolehan individu. Semua pemain mempunyai kualiti tersendiri dan mereka mampu menyumbang kepada kejayaan kelab.”
Pemain muda, Bojan Kirkic diletakkan di posisi sebelah kanan ketika menentang Getafe tetapi kelihatan bertungkus lumus untuk mempamer aksi baik dalam perlawanan itu sebelum dia digantikan pada babak kedua.
Dia pasti akan bermula dalam kesebelasan utama ketika menentang Lisbon untuk bergandingan dengan Thierry Henry dan Samuel Eto’o di bahagian hadapan. Pemain tengah, Andres Iniesta dan pemain pertahanan, Eric Abidal pula tidak disenaraikan kerana mengalami kecederaan.
Kapten Barca, Carles Puyol dan pemain tengah, Yaya Toure pula direhatkan dari pasukan buat seketika kerana masalah dalaman.
Barca mengalahkan Sporting 3-1 di Nou Camp September lalu dan tidak kalah dalam empat perlawanan selepas itu termasuk ketika seri 1-1 dengan FC Basel di tempat sendiri.
Kedua-dua pasukan sudahpun layak ke peringkat kalah mati dengan Barca berkelebihan satu mata di hadapan Sporting yang layak ke fasa kalah mati buat kali pertama.
Jurulatih Sporting, Paolo Bento akan merehatkan beberapa pemain utama yang kepenatan selepas bertungkus lumus ketika menang 1-0 ke atas Naval Sabtu lalu. Dalam perlawanan itu, Sporting terpaksa bermain dengan sembilan pemain pada baki 23 minit permainan.
“Matlamat utama untuk layak ke fasa kalah mati telah tercapai. Kami akan berjuang untuk merebut tempat pertama dalam kumpulan. Bagaimanapun, banyak faktor yang akan menentukan kejayaan pasukan ini,” kata Bento.
| 2.9 |








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.