IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Arshavin Rasa Gembira Jika Dapat Beraksi Bersama Barcelona.

Penyerang Arsenal, Andrei Arshavin mengakui yang dia akan berasa gembira jika dapat bermain dengan Barcelona.

Pemain antarabangsa Rusia itu menandatangani kontrak bersama ‘The Gunners’ pada ketika pintu perpindahan pemain dibuka Januari lalu dari Zenit St Petersburgh dengan nilai perpindahan 15 juta pound dan menampilkan aksi permulaan yang memberangsangkan di Stadium Emirates, menjaringkan enam gol dari 12 perlawanan EPL.

Bagaimanapun, pemain berusia 28 tahun itu secara terbuka mengakui yang dia berminat untuk bermain bersama Barca suatu hari nanti, di sebalik keputusannya memilih Arsenal berbanding Barca hanya beberapa bulan lalu.

Arshavin kini kian serasi bersama Arsenal dan dia akan pulang ke Zenit untuk menamatkan kerjayanya di sana.

Ada khabar angin yang bertiup mengatakan antara sebab Arshavin sudah mula beralih arah adalah disebabkan isu cukai.

Menurut sumber, mengikut struktur cukai United Kingdom, penerima gaji yang tinggi seperti Arshavin boleh dikenakan cukai sehingga 50% bermula April 2010.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)