IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Arshavin Enggan Komen Spekulasi Ke Real Madrid.

Andrei Arshavin enggan mengulas tentang spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan Real Madrid kerana tidak mahu tumpuannya terganggu tidak kira sama ada Zenit St Petersburgh mahu melepaskannya atau tidak. Laporan dari media Sepanyol mengatakan yang Real Madrid sedang berusaha mendapatkan Arshavin ketika pintu perpindahan pemain dibuka Januari nanti.

Bagaimanapun, pemain berusia 27 tahun itu mengakui bahawa dia mempunyai keinginan berpindah ke kelab yang menang kejuaraan liga dua tahun berturut-turut itu namun tidak mahu mengusutkan suasana di Zenit.

“Untuk berlaku jujur, saya tidak mahu bercakap banyak tentang perkara ini. Ia hanyalah khabar angin dan saya tidak mahu mengulasnya,” menurut Arshavin.

“Bagaimana saya boleh menolak permintaan Madrid. Saya memang ingin meninggalkan Zenit pada Januari nanti tetapi saya belum terikat dengan mana-mana kelab lain lagi. Masalahnya sekarang bukan disebabkan Madrid mahukan saya atau tidak tetapi sama ada Zenit akan melepaskan saya atau tidak.”

Dia menambah tentang Madrid, “Sudah tentu saya sukakan Madrid. Mereka adalah pasukan yang hebat dan antara yang terbaik di dunia.”

Arshavin hampir berpindah ke Tottenham Hotspur selepas EURO’08 namun gagal apabila Zenit meletakkan harga yang tinggi iaitu 27 juta pound. Dia turut dikaitkan dengan beberapa kelab lagi selepas itu yang antaranya Barcelona dan Real Madrid.

Ketika ditanya apa yang menarik perhatiannya untuk menyertai saingan La Liga, Arshavin mengatakan bahawa dia telah lama mengikuti perjalanan La Liga. Dia juga berpendapat bahawa liga Eropah yang mencabar amat baik untuk perkembangan kerjanya.

“Adalah menjadi satu kebanggaan apabila banyak kelab ternama Eropah memandang kepada saya. Itu juga menjadi salah satu sebab saya ingin keluar dari Zenit. Sebenarnya saya sudah hilang perasaan terhadap Zenit sejak kebelakangan ini.”

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)