IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Anggap Eto’o Penyerang Terbaik Dunia, Laporta Mahu Eto’o Kekal Di Barcelona.


Presiden Barcelona, John Laporte mahu penyerang Samuel Eto’o menamatkan kariernya di Nou Camp.

Eto’o yang hanya mempunyai kontrak setahun lagi bersama pemenang tiga kejuaraan itu, sekali lagi menjadi bahan spekulasi perpindahan sejak beberapa minggu lalu tetapi Laporta menegaskan yang beliau tidak mahu melihat penyerang prolifik antarabangsa Cameroon itu pergi ke mana-mana, sekurang-kurangnya sehingga tamat kariernya sebagai pemain.

“Eto’o akan tamat kontraknya musim depan dan ini bermakna kami perlu duduk berbincang tentang masa depannya. Harapan kelab ini adalah agar dia terus bermain di sini untuk beberapa tahun lagi, bersesuaian dengan penstrukturan semula bayaran kami,” kata Laporta.

“Bagi saya, dia adalah penyerang terbaik di dunia. Adalah amat baik sekiranya dia menamatkan kerjayanya bersama Barca,” tambah Laporta.

Kelab Manchester United dan Manchester City adalah antara kelab yang dikaitkan dengan Eto’o, yang merupakan antara ahli skuad Barca yang merangkul kejuaraan Liga Juara Eropah, Liga Primera Sepanyol dan Copa del Rey.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)