IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Ancelotti Sudah Bersedia Kehilangan Kaka.

Diselubungi asakan menggunung tentang spekulasi perpindahan Kaka ke Manchester City dengan nilai yang dikatakan mencecah 107 juta pound, jurulatih AC Milan, Carlo Ancelotti telah mempersiapkan mindanya yang besar kemungkinan beliau bakal kehilangan Kaka.

“Anda tidak boleh anggap bola sepak masih sama seperti 20 tahun yang lalu,” kata Ancelotti.

Kata-katanya itu dilihat cuba menggambarkan para penyokong Milan mengapa juara Eropah lapan kali itu membenarkan dan kelihatan menerima tawaran 107 juta pound dari City untuk memikat pemain tengah Brazil itu.

Tetapi kebenarannya, beliau cuba menggunakan segala aspek yang ada untuk bersedia dengan kemungkinan perpindahan yang termahal di dunia itu tidak dapat dielakkan.

Kenyataannya, dua dekad lalu tiada peluang buat kelab seperti Manchester City untuk menempa nama sebagaimana sekarang.

Pada hari Khamis, laman web rasmi City mengumumkan yang kelab itu akan berusaha mendapatkan tandatangan Kaka untuk bermain dengan mereka.

Jika usaha ini berjaya, Kaka akan bermain dengan kelab yang berada dua mata dari zon penyingkiran dan terkeluar dari dua kejohanan domestik selepas disingkirkan oleh kelab yang lebih rendah kedudukannya.

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)