IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Akui Kini Cergas Sepenuhnya, Owen Sah Sertai Manchester United.


Penyerang baru Manchester United, Michael Owen merasakan yang dia berada dalam keadaan yang cergas dan kecederaan yang menimpanya sebelum ini hanyalah tinggal sejarah.

Pemain berusia 29 tahun itu menandatangani kontrak selama dua tahun dengan juara EPL itu setelah mengadakan rundingan kurang 48 jam.

Owen mempunyai sejarah kecederaan yang panjang, masalah hamstring di Liverpool dan kecederaan buku lali di Newcastle, tidak mendapat sebarang tawaran dari mana-mana kelab utama namun pengurus United, Sir Alex Ferguson sanggup mengambil risiko untuk mengambilnya.

Bagaimanapun, bekas penyerang England itu beranggapan yang Ferguson membuat keputusan yang betul dengan tidak mengendahkan apa yang berlaku ke atas dirinya sebelum ini walaupun dia pernah bergelut dengan kecederaan sepanjang empat tahun ketika bersama Newcastle.

Pemain yang pernah beraksi bersama Liverpool dan Real Madrid sebelum ini percaya yang dia akan disahkan bebas dari sebarang kecederaan otot di London hari Khamis ini sebelum dia melangkah ke Old Trafford pada hari Jumaat untuk pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)