AC Milan Nafi Flamini Akan Ke Manchester City.
AC Milan dengan tegas menolak andaian yang pemain tengahnya, Mathieu Flamini akan kembali bermain di Liga Perdana England dengan menyertai Manchester City secara pinjaman.
Setelah berjaya mendapatkan khidmat seorang bekas pemain Arsenal, Patrick Viera pada awal bulan ini, pengurus baru City, Roberto Mancini dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Flamini, di sebalik kebanjiran pemain tengah berbakat di kelab itu.
Flamini menyertai Milan menerusi perpindahan percuma dari Arsenal pada musim panas 2008 tetapi tidak menjadi pilihan dalam kesebelasan utama Milan dan hanya bermain 90 minit dalam empat perlawanan dalam saingan Serie A musim lalu.
West Ham dan Chelsea turut dikatakan berminat untuk mendapatkan Flamini tetapi Milan memberitahu yang tiada sebarang pertanyaan mengenai pemain berusia 25 tahun itu dari kelab-kelab tersebut.









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.