Team Kami

Panggil aku riezer. Aku bukanlah orang Jepun mahupun orang Sepanyol. Juga bukan pemain bola sepak negara, negeri, daerah mahupun kelab. Tapi aku merupakan seorang warga Malaysia yang minat bola dan amat prihatin terhadap perkembangan bola sepak negara kita.
Aku berusia lewat 30-an. Kini aku bermastautin di Shah Alam. Aku juga minat menulis tapi bukanlah seorang penulis profesional. Menulis merupakan aktiviti masa lapangku memandangkan aku juga mempunyai kerjaya lain yang juga melibatkan membaca dan menulis. Aku juga minat sukan. Hampir semua jenis sukan aku minat seperti hoki, badminton, tenis, ping pong, sepak takraw, bola tampar, catur dan yang paling penting bola sepak. Itu belum kira permainan seperti congkak, dam aji, galah panjang, rounders dan macam-macam lagi. Kalau nak cerita 7 hari 7 malam pun tak habis….
Blog bola ini adalah cabang kepada blog amirulcyber.com yang dikendalikan oleh adik aku. Kami ni bercita-cita tinggi. Kalau ada keupayaan, kami bercadang nak menambah lagi cabang blog ini. Mungkin pada masa akan datang kami akan wujudkan cabang blog hiburan, politik, komputer atau apa-apa saja yang difikirkan sesuai. Kalau boleh kami nak jadikan blog amirulcyber.com ini bolg serba boleh…ewah…itupun kalau mampu…..
Kenapa aku pilih bola? Aku tahu di luar sana ramai orang yang gila bola. Ada yang nak tahu pasal berita bola, ada yang nak tahu pasal pertandingan bola dan pasti ada juga yang nak beri pendapat tentang bola. Jadi, mengambil kira perkara-perkara itu aku pasti kewujudan blog bola ini akan memberikan lebih banyak pilihan kepada peminat-peminat bola untuk mendapatkan info yang dipersembahkan mengikut perspektif aku sendiri.
Aku juga amat mengalu-alukan pandangan dan pendapat dari anda semua. Seperti yang aku nyatakan tadi, segala berita, info dan artikel yang ditulis adalah mengikut perspektif aku sendiri. Mungkin ada di kalangan anda yang setuju dan mungkin juga yang berlainan pendapat, jadi dengan segala hormatnya aku mempersilakan rakyat Malaysia yang minat bola untuk menyertai kami membangunkan bola sepak negara mengikut cara kita sendiri. Sebenarnya, lagi banyak perbezaan pendapat adalah lebih baik untuk perkembangan bola sepak negara. Aku percaya ada lebih banyak idea-idea menarik tentang bola sepak pada anda semua.
Akhirnya, aku menyusun sepuluh jari jika ada terkasar bahasa sewaktu mengendalikan blog ini. Bagi aku, jika ada seratus idea, ada satu yang diambil kira oleh pihak berkenaan pun sudah memadai. Aku anggap itu sebagai salah satu sumbanganku kepada perkembangan bola sepak di negaraku yang tercinta ini.
Wassalam.
p/s - Aku boleh dihubungi melalui e-mel : riezda@yahoo.com














Comment by
kakibangku (Who am I?)
assalamualaikum…
aku dh add link ko dlm blog aku….harap kita boleh jadi kwn…
Aku cadang nk jadikan blog aku satu yg bermutu….ni aku dlm proses nk dapatkan tajaan dr al-ikhsan utk blog aku….
Nk join tak tgk bola chlesea vs msia? Jom ler, aku dtg dr selatan nih nk tgk chelsea main…tiket aku dh ada dah…grand stand…
Comment by
epal (Who am I?)
aku seorang ahli sukan, tp bkn la ahli sukan negara,cuma ahli sukan kampung…
berkenaan dgn blog ko nie…aku setuju dgn pendapat ko nak memajukan industri sukan negara…
jd aku hrp ko dpt berkongsi perkembangan sukan dengan aku…terutama BOLA SEPAK MALAYSIA(selangor,perak,johor FC)
Comment by
aker (Who am I?)
Hidupkan kembali semangat cintakan pasukan bola sepak negara…dulu kita amat kenali dengan nama Mokhtar Dahari ,Soh Chin An,Arumugam dll. Tetapi sekarang ini anak-anak kita lebih mengenali Ronaldo, Deco dll..Kenapa?????????????
Bagi saya FAM dah buat silap, sebagai contoh kenapa semasa perlawanan Malaysia dengan Chelse tidak ada usaha menayangkan acara itu secara langsung…Orang Malaysia tak ada duit sangatke nak taja siaran ini..Kalau ada siaran langsung baru kita kenali pemain kita..Perbanyakkan siaran langsung bola sepak melibatkan pasukan Negara..
…Hidup Malaysia
Comment by
arif (Who am I?)
bgs tingktkn usha and dlm mngendli lmn blog ini….
Comment by
kamarul (Who am I?)
bgs..aku support usha yg ko wat..
aku harap blog nie dapat kekal lama dan
bertambah maju haha..
“majulah sukan untuk negara”