Archive for: December 2009
December 31, 2009


Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengesahkan yang penjaga golnya, Edwin van der Sar diberikan cuti tambahan ekoran masalah kesihatan yang dialami isterinya.
Isteri penjaga gol berusia 39 tahun itu pengsan hari Rabu minggu lalu dan Van der Sar dijangka tidak akan kembali ke Manchester sehingga kesihatan isterinya pulih semula.

Kedah yang turun sebagai pasukan pilihan akhirnya berputih mata apabila tunduk 0-2 kepada pasukan jiran, Perlis pada perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2009 di Stadium Darul Aman hari Isnin lalu.
Perlis yang turun sebagai pasukan ‘underdog’ membuktikan kejaguhannya apabila sudahpun menggegar jaring lawan seawal minit ke-4 menerusi rembatan Romdhizat Jamian sebelum kedudukan Perlis tambah selesa menerusi jaringan kedua yang menyusul pada minit ke-18 hasil sepakan percuma Andrien Jurad Chamrong.
Perlawanan yang sedikit tegang menyaksikan tiga kad merah dilayangkan oleh pengadil perlawanan, satu kepada pemain Kedah dan dua lagi kepada pemain Perlis.
December 30, 2009


Fernando Torres meledakkan gol pada masa kecederaan untuk membangkitkan semula nafsu Liverpool ke saingan Liga Juara Eropah musim depan selepas menundukkan pesaingnya, Aston Villa 1-0 di Villa Park awal pagi tadi.
Penyerang Sepanyol itu melakukan rembatan leret yang menewaskan Brad Friedel pada minit ke-93 dan menjadi pemain Liverpool terpantas yang menjaringkan 50 gol liga dalam sejarah kelab itu.


Pengurus England, Fabio Capello menegaskan yang beliau akan menyenaraikan David Beckham dalam skuad yang akan bermain di pusingan akhir Piala Dunia tahun depan sekiranya pemain itu berada pada tahap kecergasan tinggi, kenyataan yang merujuk kontrak pinjaman pemain itu buat kali kedua bersama AC Milan.
Beckham kembali ke Milan sehingga akhir musim ini dalam usahanya merebut tempat dalam skuad England sambil menambah penampilannya bersama skuad England yang kini mencecah 115 caps, satu rekod buat mana-mana pemain England.

Sebelum ini penyokong Kelantan sering dilabel sebagai penyokong ganas, tidak bertamadun, tidak bermoral dan tiada semangat kesukanan. Walaupun yang terlibat hanyalah segelintir penyokong sahaja namun ibarat kata pepatah, ‘Seekor Kerbau Membawa Lumpur Habis Semua Terpalit.’
Pada ketika saingan Liga Malaysia untuk musim baru belum bermula, peminat bola sepak tanah air sudah mula melupakan peristiwa yang berlaku semasa perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 antara Kelantan dan Negeri Sembilan.
Sikap ganas segelintir penyokong Kelantan semasa perlawanan akhir itu turut dikritik dan dicemuh oleh sebilangan besar penyokong lain yang masih waras dan tinggi semangat kesukanannya.
December 29, 2009


Dua gol menerusi Carlos Tevez dan satu lagi menerusi sepakan percuma menarik Javier Garrido membantu Manchester City mencatat kemenangan pertama di tempat lawan dalam tempoh empat bulan, juga kemenangan kedua dalam tempoh tiga hari di bawah bimbingan pengurus baru, Roberto Mancini.
Tevez meneruskan rentak cemerlangnya dengan menjaringkan gol ketujuh dan kelapan dalam tujuh penampilan terakhirnya dan kini mengumpul 11 jaringan sepanjang musim ini.

Perlis menjuarai Piala Emas Raja-Raja 2009 buat kali ketiga selepas menundukkan Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir yang mencetuskan rusuhan penonton di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.
Perlawanan menjadi kecoh apabila sebilangan penyokong menceroboh padang, dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil, sehingga menyebabkan pengadil perlawanan Mohd Nazer Mohd Said terpaksa memberhentikan permainan ketika perlawanan berbaki sepuluh minit.


Chelsea bangkit dari ketinggalan satu gol sebelum membenam cabaran sengit Fulham 2-1 di Stamford Bridge malam tadi sekaligus menjarakkan diri dari pasukan di tangga kedua dengan kelebihan lima mata.
Zoltan Gera memberikan skuad bimbingan Roy Hodgson harapan awal apabila dia menjaringkan gol hanya selepas tiga minit perlawanan dimulakan dan Fulham kelihatan selesa dalam tempoh perlawanan berlangsung selama sejam.
December 28, 2009


Wayne Rooney akhirnya menyerlah untuk membantu kemenangan sukar 3-1 Manchester United ke atas Hull City di Stadium Kingston awal pagi tadi.
Rooney memberikan United gol pertama sejurus sebelum tamat babak pertama tetapi kemudian kesilapannya menghantar bola ke belakang membolehkan Hull mengambil kesempatan untuk menyamakan kedudukan.


Ketua pasukan, Cesc Fabregas tampil sebagai pemain gantian untuk memberi inspirasi dalam membantu kemenangan Arsenal 3-0 ke atas Aston Villa di Stadium Emirates malam tadi sekaligus melonjakkan semula impian mereka untuk mengejar kejuaraan liga musim ini.
Pemain Sepanyol itu, yang diletakkan di bangku simpanan kerana belum cergas sepenuhnya dari kecederaan hamstring, menjaringkan gol pertama menerusi sepakan percuma mengkagumkan pada minit ke-65 sebelum menggandakan kedudukan menerusi gol keduanya pada minit ke-81.
December 27, 2009


Roberto Mancini memulakan kerjayanya di Manchester City dengan bergaya apabila anak-anak buahnya menundukkan Stoke City 2-0 di Stadium City of Manchester dalam saingan EPL semalam.
Martin Petrov dan Carlos Tevez menyumbangkan dua gol pada babak pertama sekaligus memberikan Mancini kemenangan pertama kepada Mancini sejak beliau mengambil alih tugas daripada Mark Hughes minggu lalu.


Liverpool yang bergelut dengan prestasi hambar musim ini berjaya menceriakan semula kem mereka dengan menewaskan Wolverhampton 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Anfield awal pagi tadi.
Bagaimanapun, kemenangan itu tidaklah mudah untuk dicapai lebih-lebih lagi menentang barisan degil Wolves, dengan gol-gol kemenangan hanya diperolehi selepas skuad pelawat itu terpaksa bermain dengan sepuluh pemain apabila pemain pertahanannya, Stephen Ward dibuang padang.


Jurulatih Inter Milan, Jose Mourinho menafikan yang beliau akan meninggalkan kelab itu sebaik tamat musim ini.
Mourinho membimbing Inter memenangi kejuaraan liga pada musim pertamanya di kelab itu dan kelihatan akan berjaya mengekalkan pencapaian itu musim ini tetapi pengurusan kelab itu tidak begitu teruja disebabkan mereka kurang menyerlah dalam saingan Liga Juara Eropah manakala Mourinho sendiri tidak mempunyai hubungan yang baik dengan media Itali.
December 26, 2009


Rafael Benitez menegaskan yang Liverpool tidak mempunyai keperluan untuk menghantar penyerangnya, Fernando Torres menjalani pembedahan atas kecederaan hernia yang dialaminya.
Pengurus Liverpool itu memberi reaksi atas cadangan Sepanyol yang mahukan penyerangnya itu segera menjalani pembedahan untuk mengelakkan sebarang risiko kecederaan yang boleh menghalang peluangnya beraksi di pusingan akhir Piala Dunia.


David Villa kini kembali hangat dilaporkan untuk berpindah ke saingan Liga Perdana England dengan kelab Manchester United, Liverpool, Chelsea dan Manchester City dikaitkan dengan pemain itu.
Pemain berusia 29 tahun itu sebelum ini begitu kuat diberitakan akan meninggalkan Mestalla pada musim panas lalu di mana dia turut menjadi buruan kelab Real Madrid dan Barcelona.


Barcelona mencatat sejarah apabila memenangi kejuaraan keenamnya tahun ini apabila menewaskan Estudiantes La Plata dari Argentina 2-1 dalam perlawanan akhir Kejohanan Kelab Dunia di Abu Dhabi hari Sabtu lalu.
Lionel Messi membuktikan kehadirannya amat penting buat Barca apabila menanduk masuk jaringan kemenangan pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa penuh perlawanan.
December 25, 2009


Fernando Torres mengakui yang dia agak kecewa dengan kedudukan kewangan Liverpool yang menyebabkan pencapaian skuad bimbingan Rafael Benitez itu tergugat tetapi menegaskan yang dia tetap menyokong apa jua tindakan pengurus ‘The Reds’ itu.
Liverpool telahpun kalah tujuh perlawanan musim ini, berbanding hanya dua pada musim 2008/09 dan turut tersingkir dari saingan Liga Juara Eropah musim ini.

1. Carpet Masters (Guam)
Rekod kelab ini : Perlawanan – 10, Menang – 0, Seri – 0, Kalah – 10, Jaringan – 2, Bolos – 55. Kempen kali ini mereka kalah 9-0, 10-0 dan 11-0.
2. Hong Lok (Macao)
Kelab ini hanya memperolehi satu mata dari 14 perlawanan dan dibolosi 54 gol termasuk kekalahan 0-10 di tempat sendiri kepada juara liga, Lam Pak.
3. Panthrakikos (Greece)
Menduduki tangga terakhir Liga Super Greek dengan memungut hanya dua mata dari 14 perlawanan, menjaringkan tujuh gol tetapi dibolosi 30 gol.
December 24, 2009


Roberto Mancini mengajak Robinho membuat sejarah di Manchester City dan menggunakan peluang pada sidang akhbar pertamanya sebagai pengurus baru kelab itu dengan mengumumkan yang beliau akan menggunakan khidmat penyerang Brazil itu.
Bekas pengendali Inter Milan, Lazio dan Fiorentina itu dengan yakinnya mengumumkan yang sasaran utamanya adalah meletakkan kelab itu dalam kelompok empat kelab terbaik liga dan untuk mencapainya, Mancini memerlukan khidmat terbaik daripada Robinho, yang gagal menjaringkan sebarang gol dari tujuh penampilannya dalam liga setakat ini.

Kedah dan Perlis bakal buat perhitungan di perlawanan akhir Kejohanan Piala Emas Raja-raja apabila berjaya menewaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir pada hari Sabtu lalu.
Kedah mara ke perlawanan akhir selepas berjaya mengalahkan Singapura 2-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar sekaligus menang dengan agregat 3-2. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 ketika perlawanan pertama di Singapura.
Perlis pula berjaya menewaskan Johor 3-0 dalam perlawanan kedua peringkat separuh akhir di Kangar dan mara ke perlawanan akhir dengan agregat 3-0. Perlis dan Johor seri 0-0 dalam perlawanan pertama sebelum ini.
December 23, 2009


Jurulatih Inter Milan, Jose Mourinho mengingatkan pengurus baru Manchester City, Roberto Mancini yang kehidupan dalam saingan Liga Perdana adalah amat berbeza dengan suasana di Itali.
Mourinho, yang mengambil alih tugas Mancini di kelab itu musim lalu, menemui kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan suasana Serie A pada awal ketibaannya dan beliau menjangka perkara yang sama akan menimpa Mancini apabila mengendalikan City nanti.


Manchester City secara rasmi mengumumkan Roberto Mancini sebagai pengurus baru kelab itu, dengan mensasarkan kedudukan selaku empat pasukan terbaik EPL musim ini.
Warga Itali itu, yang pernah bermain dengan Leicester City sepuluh tahun lalu, memberitahu yang beliau telah menandatangani kontrak selama tiga setengah tahun dan menegaskan beliau sudah bersedia untuk menerima cabaran yang bakal mendatang.


Lionel Messi diberi penghargaan terbesar dalam kerjayanya setelah membantu Barcelona merangkul enam kejuaraan apabila dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan FIFA 2009.
Penyerang Argentina itu menanduk masuk gol kemenangan ke atas Manchester United semasa perlawanan akhir Liga Juara Eropah, juga menjaringkan gol kemenangan ke atas Estudiantes dalam perlawanan akhir Kejohanan Kelab Dunia FIFA 2009 di Abu Dhabi hari Sabtu lalu untuk membantu Barcelona muncul juara kejohanan itu.
December 22, 2009


Pengurus Manchester City dipecat dari jawatannya walaupun kelab itu mencatat kemenangan tipis 4-3 ke atas Sunderland hujung minggu lalu.
Pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak dan pemilik kelab itu, Sheikh Mansour dikatakan kurang berpuas hati dengan pencapaian buruk City di mana kelab itu hanya mencatat dua kemenangan dari lapan perlawanan liga.


Seramai 30 orang jurulatih belia dari sekolah sukan bola sepak negeri menamatkan Kursus Kejurulatihan yang dikendalikan oleh Instruktor dari FIFA, Mr. Philliipe Redon.
Kursus selama 5 hari (30 Nov.-4 Dis. 2009) diadakan di Wisma FAM itu menambahkan lagi ilmu pengetahuan bolasepak terkini di kalangan para jurulatih terutamanya dari aspek latihan yang sistematik dan pengendalian para pemain muda yang berada di bangku sekolah.
Next Page »
|