IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Archive for: November 2009

November 30, 2009

EPL – Arsenal Bukan Masalah Buat Chelsea.

Chelsea mengukuhkan cengkamannya di tangga teratas liga apabila mudah membenam cabaran Arsenal 3-0 di Stadium Emirates awal pagi tadi sekaligus merencatkan seketika impian ‘The Gunners’ untuk merebut kejuaraan liga.

‘The Blues’ ketika di bawah bimbingan Guus Hiddink adalah pasukan terakhir yang dapat menumpaskan Arsenal di laman sendiri dengan keputusan 4-1 pada Mei lalu.

Sepuluh Pemain Disenarai Pendek Untuk Anugerah Ballon d’Or.

Senarai pencalonan untuk anugerah Ballon d’Or kini memasuki peringkat akhir apabila seramai sepuluh pemain disenarai pendek untuk merebut anugerah itu, dengan pemain kebangsaan Argentina dan Barcelona, Lionel Messi mengetuai senarai itu sebagai calon pilihan.

Dari senarai 30 pemain yang dikeluarkan pada bulan lepas, kini jumlahnya dikurangkan kepada sepuluh pemain, di mana Messi dan pemenang tahun lalu, Cristiano Ronaldo bersaing hebat untuk memenangi anugerah yang dianjurkan oleh Majalah France Football itu.

EPL – Liverpool Buktikan Mereka Jaguh Merseyside.

Liverpool menampilkan persembahan lebih kemas dan berhak menang pertembungan setempat menentang rakan Merseyside, Everton dengan keputusan 2-0 di Goodison Park malam tadi sekaligus menempatkan diri ke tangga kelima liga.

Bagaimanapun, kemenangan mereka ditempah dengan begitu sukar berikutan cabaran hebat yang diberikan oleh Everton, dengan Pepe Reina menjadi penyelamat apabila menafikan beberapa percubaan hampir gol lawan.

November 29, 2009

Yasuhito Endo Dianugerahi Pemain Terbaik Asia 2009.

Bintang Jepun, Yasuhito Endo merangkul anugerah Pemain Terbaik Tahunan AFC 2009 sekaligus mengenepikan saingan sengit empat calon utama yang lain dalam satu majlis anugerah yang berlangsung di Kuala Lumpur pada hari Selasa lalu.

Endo, pemain bagi kelab J-League, Gamba Osaka menerima undian terbanyak yang merangkumi persembahannya dalam Liga Juara Asia, Kejohanan Piala Asia, kelayakan Piala Dunia 2010 dan kejohanan lain yang dianjurkan oleh AFC.

November 28, 2009

Robinho Siap Sedia Untuk Kembali Ke Padang.

Robinho kini bersedia untuk membuat kemunculan kembali bersama Manchester City ketika menentang Hull City hari ini dan ia merupakan penampilan pertamanya selepas berehat panjang akibat kecederaan buku lali yang dialaminya pada bulan Ogos lalu.

Dia menyertai pasukan negaranya pada awal bulan ini dan jurulatih skuad utama City, Eddie Niedzwiecki percaya ia akan membantu mempercepatkan proses pemulihan Robinho.

November 27, 2009

Pengurusan Liverpool Beri Jaminan Yang Jawatan Benitez Masih Selamat.

Jawatan pengurus Liverpool, Rafael Benitez masih dikira selamat ekoran sokongan terbuka yang dinyatakan oleh Pengarah Urusan kelab itu, Christian Purslow agar beliau dikekalkan walaupun kelab itu dilanda bencana terkeluar dari saingan Liga Juara Eropah buat pertama kali sejak musim 2002/03.

Liverpool menewaskan Debrecen 1-0 hasil jaringan tunggal David Ngog tetapi keputusan perlawanan di Stadium Ferenc Puskas, Budapest langsung tidak relevan buat Liverpool berikutan Fiorentina turut menang 1-0 ke atas Olympique Lyon yang langsung menutup laluan Liverpool ke pusingan seterusnya.

November 26, 2009

Liga Juara Eropah – Barcelona Lebih Hebat Daripada Inter Milan.

Penyandang juara, Barcelona mara ke puncak kumpulannya dalam saingan Liga Juara Eropah selepas menumpaskan pendahulu sebelumnya, Inter Milan 2-0 di Nou Camp semalam.

Barca mungkin akan mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan ini andainya mereka tewas dalam perlawanan ini namun skuad bimbingan Pep Guardiola membuktikan sebaliknya untuk menempah tempat ke fasa kalah mati bersama 15 pasukan lain.

November 25, 2009

Liga Juara Eropah – Liverpool Duka Dalam Suka.

Liverpool akhirnya mencatat kemenangan setelah gagal melakukannya dalam beberapa perlawanan sebelum ini apabila mereka mengalahkan Debrecen 1-0 di Hungary semalam namun terpaksa menelan keperitan tersingkir dari saingan Liga Juara Eropah.

‘The Reds’ perlukan kemenangan untuk membuka peluang melayakkan diri dalam kalangan 16 pasukan terakhir namun impian mereka berakhir selepas mengetahui saingan mereka, Fiorentina menang 1-0 ke atas Olympique Lyon di Florence yang memberikan kelab Itali itu tiket ke saingan seterusnya.

Jadual Perlawanan Liga Juara Eropah.

Filed under: Antarabangsa, Berita Liga Juara Eropah, Pengumuman - 25 Nov 2009

November 24, 2009

Ferguson Yakin Ferdinand Akan Kembali Cergas.

Manchester United yakin yang tahap kecergasan Rio Ferdinand akan kembali meningkat dalam beberapa minggu lagi di sebalik cakap-cakap yang mengatakan pemain pertahanannya itu akan diketepikan dalam satu tempoh yang lebih lama.

Ferdinand hanya membuat lima kali penampilan bersama United musim ini dan kali terakhir dia diturunkan adalah ketika United kalah 0-2 kepada Liverpool pada 25 Oktober lalu di mana dia gagal menyaingi kepantasan Fernando Torres yang menjaringkan gol pembukaan Liverpool.

Jadual Perlawanan Liga Juara Eropah.

Filed under: Antarabangsa, Berita Liga Juara Eropah, Pengumuman - 24 Nov 2009

November 23, 2009

Pembahagian Kumpulan Pilihan Untuk Kelayakan EURO 2012 Diumum.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, Berita Bola Eropah, Berita Euro'08 - 23 Nov 2009

Pembahagian negara pilihan dan bukan pilihan bagi saingan kelayakan EURO 2012 diumum oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), dengan Croatia menerima kejutan diletakkan dalam kumpulan pasukan pilihan pertama.

Juara EURO 2008, Sepanyol dan finalisnya, Jerman turut berada dalam Pot 1 yang turut dibarisi beberapa nama terkenal, namun pemilihan Croatia agak mengejutkan di sebalik kegagalannya layak ke Piala Dunia mahupun ke saingan play-off selepas menamatkan saingan kumpulan sekadar di tangga ketiga di belakang England dan Ukraine.

Pasukan yang tewas di saingan play-off, Rusia turut termasuk dalam kumpulan elit itu manakala pasukan yang layak ke Afrika Selatan seperti Greece, Switzerland, Serbia, Denmark dan Slovakia hanya berada dalam kumpulan pilihan kedua.

November 22, 2009

Perlawanan Ulangan Adalah Penyelesaian Terbaik – Henry.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, Isu Semasa, Skuad Perancis - 22 Nov 2009

Thierry Henry mengakui yang Republik Ireland sememangnya layak ke pusingan akhir Piala Dunia dan baginya, perlawanan ulangan adalah penyelesaian terbaik wakaupun Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sudahpun menolak cadangan itu.

Ketua pasukan Perancis itu menjadi tumpuan kepada kontroversi yang timbul apabila dia mengawal bola menggunakan tangan sebelum mengumpan kepada William Gallas yang kemudiannya merembat masuk untuk gol penyamaan ketika masa tambahan menentang Ireland. Gol itu juga membawa Perancis ke Afrika Selatan yang akhirnya mara dengan agregat 2-1.

November 21, 2009

FIFA Tolak Rayuan Ireland Untuk Adakan Perlawanan Ulangan.

Harapan terakhir Republik Ireland untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia tahun hadapan dileburkan oleh keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang menolak rayuan mereka agar diadakan perlawanan ulangan menentang Perancis.

Perlawanan ulangan itu diminta oleh Ireland berdasarkan kontroversi yang timbul dalam perlawanan play-off di Paris di mana kedua-dua pasukan akhirnya terikat dengan keputusan seri 1-1. Perancis layak ke Afrika Selatan dengan agregat 2-1 selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas lawan mereka itu di Dublin dalam perlawanan pertama.

November 20, 2009

Play-Off Piala Dunia – Portugal Layak Ke Afrika Selatan.

Portugal berjaya melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia dengan bergaya apabila menewaskan Bosnia-Herzegovina 1-0 dalam perlawanan kedua play-off di Stadium Olympic semalam sekaligus menang dengan agregat 2-0.

Selepas menang 1-0 di Lisbon minggu lalu, pasukan bimbingan Carlos Queiroz menampilkan persembahan lebih menarik untuk menempah tempat ke Afrika Selatan.

Play-Off Piala Dunia – Perancis Sahkan Tempat Ke Afrika Selatan.

William Gallas meledakkan jaringan yang amat diperlukan untuk memandu Perancis ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan selepas mencatat kemenangan kontroversi secara agregat ke atas Republik Ireland. Kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam perlawanan kedua play-off di Stade de France semalam.

Pemain pertahanan Arsenal itu melepaskan rembatan dari jarak dekat 13 minit selepas bermula masa tambahan untuk membunuh harapan Ireland untuk membuat kejutan melangkah ke Afrika Selatan.

November 19, 2009

Kelayakan Piala Asia – Uzbekistan Layak Ke Qatar, Malaysia Tersungkur Lagi.

Uzbekistan melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2011 apabila mengekalkan rekod kemenangan 100% mereka dalam saingan Kumpulan C selepas menewaskan Malaysia 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil petang semalam.

Anvar Gafurov dan Bakhodir Nasimov menjaringkan gol buat Uzbekistan pada setiap babak sebelum Badrol Bakhtiar membalas dengan satu gol buat Malaysia ketika permainan berbaki 20 minit.

Terry Harap Chelsea Akan Beli Pemain Baru.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, Pemain John Terry, kelab Chelsea - 19 Nov 2009

Ketua pasukan Chelsea, John Terry menngharapkan yang pengurus kelab itu, Carlo Ancelotti akan membuat pembelian pemain baru apabila pintu perpindahan pemain dibuka Januari ini untuk membawa masuk muka baru yang boleh merangsang prestasi skuad ‘The Blues’ dan memacu impian mereka memburu kejuaraan liga musim ini.

Hukuman penggantungan pembelian pemain yang dikenakan FIFA ke atas Chelsea sebelum ini telah ditangguhkan maka mereka kini bebas untuk membeli pemain baru ketika pintu perpindahan pemain dibuka nanti.

November 18, 2009

Jadual Perlawanan Play-Off Eropah Saingan Kelayakan Piala Dunia.

Saya Akan Berhenti Jika Torres Dijual – Benitez.

Rafael Benitez menegaskan yang beliau akan berhenti dari tugasnya selaku pengurus Liverpool andai bintang penyerangnya, Fernando Torres dijual tanpa kerelaannya.

Bebanan hutang Liverpool mula menimbulkan tanda tanya sama ada pemilik bersama kelab itu, Tom Hicks dan George Gillet akan menjual penyerang Sepanyol itu bagi mendapatkan dana tambahan.

Bagaimanapun, Benitez dalam kenyataannya kepada pihak media menegaskan yang pemain berusia 25 tahun itu tidak akan dijual dengan apa-apa nilai pun.

Kelayakan Piala Asia – Malaysia vs Uzbekistan.

Malaysia dijadualkan bertemu dengan Uzbekistan dalam saingan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 5.30 petang hari ini.

Ini adalah perlawanan ketiga buat Malaysia selepas pertemuan menentang Uzbekistan di tempat lawan pada 14 November lalu di mana Malaysia tewas 1-3 dalam perlawanan itu. Malaysia turut tewas 0-5 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan pertama di Cheras.

November 17, 2009

Kecederaannya Semakin Pulih, Ronaldo Jangka Dapat Jalani Latihan Minggu Ini.

Pemain tengah Real Madrid, Cristiano Ronaldo menjangkakan yang dia akan pulih sepenuhnya dari kecederaan buku lali dan akan mula turun menjalani latihan pada pertengahan minggu ini.

Ronaldo mengalami kecederaan pada akhir September lalu dan kecederaannya bertambah parah ketika perlawanan menentang Hungary yang dimenangi Portugal 3-0 sepuluh hari kemudian. Kini dia dijangkakan boleh diturunkan dalam perlawanan menentang Racing Santander hari Sabtu ini.

Capello Beri Amaran Agar David James Tingkatkan Kecergasan.

Fabio Capello memberi amaran kepada David James bahawa impiannya untuk bermain di pusingan akhir Piala Dunia bakal berakhir sekiranya penjaga gol itu gagal meningkatkan kecergasannya.

James dihantar pulang ke England berikutan mengalami kecederaan peha sebelum perlawanan persahabatan yang dimenangi Brazil di Doha. Itu bermakna penjaga gol veteran itu tidak berada dalam kesebelasan pertama England sejak saingan kelayakan Piala Dunia menentang Ukraine di Wembley pada 1 April.

November 16, 2009

Kecederaan Paksa Van Persie Berehat Panjang.

Arsenal menerima kejutan sebaik mendapat berita yang penyerangnya, Robin van Persie bakal direhatkan selama beberapa bulan dari skuad utamanya selepas mengalami kecederaan serius pada ligamen kakinya ketika bermain dalam tugasan antarabangsa bersama Belanda.

Pemain Belanda itu hanya sempat beraksi selama 15 minit ketika negaranya mencatat keputusan seri 0-0 dengan juara dunia, Itali selepas dijatuhkan oleh pemain pertahanan Juventus, Giorgio Chiellini ketika sedang mengejar bola.

Awas Perusuh Bola Sepak Kelantan, Identiti Anda Sudah Dikenal Pasti!

Filed under: Artikel, Berita Penyokong, Pasukan Kelantan, Tempatan - 16 Nov 2009

Harinya hampir tiba. Selepas lebih dua minggu kejadian memalukan berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil semasa perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan, kini ‘hari pembalasan’ bagi penyokong-penyokong Kelantan yang melakukan kekacauan pada perlawanan tersebut semakin menjelma.

Pihak polis menerusi kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan yang mereka telah membuat pengecaman wajah semua individu yang terbabit dalam kejadian itu menerusi rakaman video dan akan mengenal pasti identiti mereka untuk tindakan lanjut.

Next Page »