Archive for: October 2009
October 31, 2009

Kelantan dan Negeri Sembilan kini selangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Kemenangan dalam perlawanan pertama peringkat separuh akhir di tempat sendiri membolehkan mereka bertandang ke tempat lawan dengan sedikit bekalan yang mungkin boleh membantu mereka nanti.
Namun begitu, Perlis dan Terengganu bukanlah calang-calang pasukan. Kemampuan mereka melangkah ke separuh akhir sebenarnya sudah membuktikan yang mereka juga adalah pasukan yang perlu diberi perhatian dan ada kemungkinan mereka boleh membuat kejutan untuk ke final.
Perlawanan malam ini pastinya dinanti-nantikan oleh penyokong keempat-empat pasukan dengan perasaan penuh debar dan sudah pasti juga hanya kemenangan yang diimpikan oleh mereka bagi merealisasikan harapan untuk menjulang kejuaraan Piala Malaysia tahun ini.


Penyandang gelaran Pemain Terbaik Tahunan FIFA, Cristiano Ronaldo sekali lagi berada dalam senarai pendek 23 pemain untuk anugerah pemain tahun ini, turut disenarai pemain pilihan, Lionel Messi, tetapi juara Euro ’08, Sepanyol mendominasi pencalonan anugerah tersebut.
Ronaldo mengetuai senarai pemain berbakat dunia yang akan diundi dalam satu majlis khas di Zurich pada 21 Disember, yang juga menyaksikan Messi dianggap sebagai calon pilihan untuk menyandang gelaran itu.
October 30, 2009


Inter Milan melebarkan jurang kepada empat mata untuk menguasai takhta liga selepas kemenangan mendebarkan 5-3 ke atas Palermo dalam saingan tunggal Serie A semalam.
Perlawanan itu kelihatan berat sebelah apabila dua gol setiap seorang hasil jaringan Samuel Eto’o dan Mario Balotelli memberikan Inter pendahuluan 4-0 ke atas lawannya tetapi Palermo bangkit kembali dengan tiga gol untuk meletakkan skuad Nerrazzuri di bawah tekanan.


Pemain muda, Fran Merida menjaringkan gol pertamanya bersama Arsenal untuk membantu skuad muda Arsene Wenger menewaskan Liverpool 2-1 untuk melangkah ke saingan suku akhir Piala Carling.
Baru sahaja kembali dari Kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun, bekas pelatih Barcelona berusia 19 tahun itu meledakkan rembatan pada minit ke-19, sekali lagi membuktikan kemampuan skuad muda Arsenal.
October 29, 2009


Pengurus England, Fabio Capello tetap tidak menyenaraikan nama Michael Owen walaupun penyerang Manchester United itu telah menjaringkan sejumlah 40 gol, lebih dari mana-mana pesaingnya di posisi berkenaan.
Capello membandingkan situasi dengan apa yang dilakukan oleh jurulatih Itali, Marcello Lippi yang dikritik kerana tidak menyenaraikan penyerang Sampdoria, Antonio Cassano dalam skuad Itali.
October 28, 2009


Penyandang juara, Manchester United mengesahkan tempatnya ke saingan suku akhir Piala Carling selepas mudah menewaskan Barnsley 2-0 di Stadium Oakwell awal pagi tadi tetapi buat kali kedua dalam tempoh tiga hari menamatkan perlawanan dengan sepuluh pemain.
Gary Neville diarahkan keluar padang pada babak kedua, menuruti jejak rakan pertahanannya, Nemanja Vidic ketika tewas kepada Liverpool di Anfield hari Ahad lalu.


Kelantan memiliki bekalan selesa apabila menundukkan Perlis 2-0 dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.
Kemenangan ini pastinya akan menambah keyakinan skuad Wira Merah yang dibimbing oleh B. Sathianathan terutama mereka akan berhadapan sekali lagi dengan skuad Singa Utara di Kangar dalam perlawanan kedua pada hari Sabtu ini.
October 27, 2009


Inter Milan kembali ke persada Serie A dengan mencatat kemenangan 2-1 ke atas Catania di San Siro kelmarin.
Suley Muntari memberikan skuad bimbingan Jose Mourinho itu gol pendahuluan pada minit ke-13 sebelum Wesley Sneijder menambah gol kedua selepas setengah jam perlawanan berlangsung.
Sepakan penalti oleh Giuseppe Mascara pada minit ke-84 memberikan kesudahan mendebarkan buat skuad Nerrazzuri, yang kini memintas Sampdoria untuk kembali ke kedudukan teratas liga.


Seydou Keita mencatat jaringan hatrik pada ketika Barcelona bangkit semula dari prestasi hambar sebelum ini dengan persembahan mengkagumkan untuk membelasah Real Zaragoza 6-1 di Nou Camp semalam.
Zlatan Ibrahimovic mempamer aksi menarik manakala Lionel Messi menjaringkan satu lagi gol di mana skuad Catalan itu meratah skuad pelawat dengan kembali mempamerkan corak permainan yang membolehkan mereka menjulang tiga kejuaraan musim lalu iaitu Liga Primera Sepanyol, Copa del Rey dan Liga Juara Eropah.
October 26, 2009


Fernando Torres membuka laluan buat Liverpool dengan jaringan menakjubkan sebelum penyerang gantian, David Ngog menjaringkan gol pemusnah enam minit pada masa kecederaan untuk membolehkan Liverpool menang 2-0 ke atas Manchester United dalam saingan EPL di Anfield malam tadi.
Kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan yang penuh dramatik itu dengan sepuluh pemain selepas Nemanja Vidic dan Javier Mascherano diarahkan keluar padang pada penghujung babak kedua.


Real Madrid terencat tanpa kehadiran empat penyerangnya menyebabkan mereka sekadar seri tanpa jaringan dengan Sporting Gijon dalam saingan Liga Primera Sepanyol di El Molinon semalam.
Sudahpun kehilangan Cristiano Ronaldo dan Ruud van Nistelrooy akibat kecederaan, jurulatih Madrid, Manuel Pelledrini juga tidak menyenaraikan Karim Benzema dan Gonzalo Higuain yang tidak menyertai kunjungan ke Gijon. Tanpa kehadiran penyerang berbisa, jentera serangan Madrid buntu untuk menggegar jaring lawan.
October 25, 2009


Kelantan yang dikelompokkan dalam senarai pasukan pilihan yang mampu menjulang Piala Malaysia tahun ini berada dalam landasan yang betul apabila mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas KL Plus dalam saingan suku akhir kedua di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan skuad Wira Merah itu mara ke separuh akhir dengan agregat 4-1 selepas kedua-dua terikat dengan keputusan 1-1 dalam perlawanan pertama di Cheras.


Chelsea memberikan pengurus mereka, Carlo Ancelotti tonik yang sempurna untuk kembali merampas takhta liga selepas mudah membelasah Blackburn Rovers 5-0 dalam saingan EPL di Stamford Bridge awal pagi tadi.
Ancelotti kembali menjalankan tugas setelah balik dari melawat bapanya yang sakit di Itali pada pertengahan minggu lalu, menyaksikan skuad bimbingannya mempamerkan aksi memberangsangkan untuk meratah barisan pemain pelawat dan membolehkan mereka berada di persada liga dengan kelebihan dua mata mengatasi Manchester United yang akan menentang Liverpool di Anfield hari ini.


Sylvan Ebanks-Blake menjaringkan gol pertamanya musim ini untuk membantu Wolverhampton Wanderers memungut satu mata selepas seri 1-1 dengan Aston Villa dalam saingan EPL di Stadium Molineux semalam.
Keputusan seri itu juga menyebabkan harapan Villa untuk layak ke saingan peringkat Eropah musim depan semakin longgar.


Perlis mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Johor FC 2-0 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Utama Negeri, Kangar malam tadi. Perlis menang dengan agregat 4-1 selepas menang 2-1 dalam perlawanan pertama di Pasir Gudang hari Selasa lalu.
Johor FC yang menyedari perlunya mendapat gol awal bagi mengikat perlawanan terperangkap dengan impiannya apabila Perlis telahpun melebarkan agregatnya menerusi tandukan Amar Rohidan seawal minit ke-9 hasil sepakan sudut K. Soley.


Selangor gagal menepati ramalan sebagai pasukan pilihan untuk merangkul piala keempatnya musim ini apabila tersingkir di peringkat suku akhir Piala Malaysia kepada Terengganu menerusi sepakan penalti 5-4 selepas kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 2-2 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.
Selangor dan Terengganu terikat 1-1 buat kali kedua selepas kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan yang sama dalam perlawanan suku akhir pertama di Shah Alam hari Selasa lalu.


Negeri Sembilan yang menang 2-0 dalam perlawanan pertama, meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia dengan agregat 5-0 selepas menewaskan Kuala Muda Naza 3-0 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Darul Aman malam tadi.
Bermain tanpa tekanan, Negeri Sembilan menjaringkan kesemua tiga golnya pada babak pertama.
October 24, 2009


Perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia akan berlangsung malam ini untuk melengkapkan keputusan perlawanan peringkat pertama yang sudahpun berlangsung pada hari Selasa lalu.
Empat pasukan iaitu Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis diramalkan akan tersenarai dalam kelompok empat pasukan terbaik kejohanan ini namun berdasarkan keputusan perlawanan suku akhir pertama, empat lagi pasukan iaitu Terengganu, KL Plus, Kuala Muda Naza dan Johor FC masih berpeluang membuat keputusan mengejut menyelitkan diri ke separuh akhir.


Frank Lampard percaya yang Manchester City akan mengekalkan saingannya dan menjadi kelab pertama yang memecah masuk ke kelompok ‘Top Four’ sejak Everton melakukannya pada 2005, sama seperti yang berlaku kepada Chelsea selepas Roman Abramovich menyalurkan dana kewangan kepada kelab itu.
Kekalahan empat perlawanan Liverpool berturut-turut musim ini menguatkan ramalan kebanyakan peminat bola sepak yang kedudukan teratas EPL musim ini lebih terbuka dari sebelumnya, ditambah cita-cita besar yang dimiliki oleh pengurus City, Mark Hughes.


Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengesahkan yang Wayne Rooney mengalami kecederaan serius dan tidak akan menyertai kunjungan kelab itu ke Anfield untuk berhadapan dengan seteru ketatnya dalam saingan EPL Ahad ini.
Penyerang United itu telah diketepikan akibat kecederaan rusuk sejak saingan kelayakan Piala Dunia menentang Ukraine tempoh hari dan dia belum pulih sepenuhnya dari kecederaan itu.
October 23, 2009


Chelsea melayakkan diri mereka ke fasa kalah mati saingan Liga Juara Eropah dengan kemenangan selesa 4-0 ke atas Atletico Madrid di Stamford Bridge semalam.
Gol pada setiap babak oleh pemain antarabangsa Ivory Coast, Solomon Kalou, rembatan padu Frank Lampard dan jaringan sendiri Luis Perea mengekalkan rekod tanpa kalah Chelsea dan membolehkan ‘The Blues’ mengungguli Kumpulan D.

Perancis, Portugal, Russia dan Greece dikelompokkan sebagai pasukan pilihan ketika undian perlawanan ‘play-off’ kelayakan Piala Dunia 2010 peringkat Eropah diadakan semalam.
Keempat-empat pasukan, yang menamatkan saingan kelayakan di tangga kedua kumpulan masing-masing memperolehi keistimewaan itu selepas berada dalam kedudukan empat teratas dalam ranking dunia terbaru yang dikeluarkan FIFA dari lapan pasukan Eropah yang akan bersaing dalam perlawanan ‘play-off’.
Empat lagi pasukan yang turut akan berentap dalam perlawanan ‘play-off’ untuk melayakkan diri ke Afrika Selatan tahun hadapan ialah Ukraine, Republik Ireland, Bosnia-Herzegovina dan Slovenia.
October 22, 2009


Gol tunggal Antonio Valencia pada lewat permainan sudah cukup memberikan Manchester United kemenangan tipis 1-0 ke atas CSKA Moscow di Luzhniki semalam, sekaligus mengekalkan rekod kemenangan 100% mereka dalam saingan Kumpulan B Liga Juara Eropah.
Valencia, yang baru meraikan jaringan pertamanya bersama United minggu lalu, menggandakan jumlah jaringannya itu dengan merembak masuk ketika permainan berbaki lima minit untuk ditamatkan.
Next Page »
|