Archive for: September 2009
September 30, 2009


Liverpool menempuhi laluan berliku dalam saingan Liga Juara Eropah apabila tumpas 0-2 kepada Fiorentina di Stadio Artemio Franchi semalam.
Ini adalah kekalahan pertama di tempat lawan di Eropah sejak kekalahan kepada Chelsea dalam saingan separuh akhir Liga Juara Eropah pada April 2008 dan hanya kekalahan ke-9 di tempat lawan dari 38 perlawanan di bawah bimbingan Rafael Benitez.


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sekali mempertahankan pendiriannya untuk tidak membeli pemain baru kerana merasakan barisan pemain muda yang dimilikinya sudah cukup berkualiti untuk menghadapi saingan liga musim ini.
Hari Isnin lalu ‘The Gunners’ diumumkan mempunyai dana kewangan sebanyak 313.3 juta pound, jumlah terbesar yang direkodkan oleh kelab bola sepak British.
Bagaimanapun, di sebalik potensi jumlah kewangan untuk pembelian pemain yang mencecah 80 juta pound diperuntukkan untuk Wenger, warga Perancis itu menegaskan yang beliau gembira dengan barisan pemain yang ada sekarang.
September 29, 2009


Permulaan baik Manchester City musim ini berterusan hasil sentuhan pemusnah Carlos Tevez ke atas bekas kelabnya, West Ham United untuk membolehkan City menang 3-1 di Stadium City of Manchester semalam.
Kemenangan kelima City musim ini hampir menyamai pencapaian terbaik mereka dengan enam kemenangan berturut-turut pada awal musim 1961 dan persembahan baik mereka ini ternyata memikat para penyokong mereka.
Dua gol dari Tevez dan gol sepakan percuma Martin Petrov pada babak pertama melengkapkan persembahan bergaya City dalam perlawanan itu.

Selangor, Perlis, Kelantan, Negeri Sembilan, Terengganu dan Johor FC melepasi ujian pertama saingan Piala Malaysia apabila berjaya menewaskan lawan masing-masing dengan kemenangan yang kurang meyakinkan dalam perlawanan yang berlangsung hari Sabtu yang lalu.
Dibayangi kehebatan perlawanan EPL yang turut berlangsung pada hari yang sama, ada peminat bola sepak Malaysia yang tidak menyedari bahawa saingan Piala Malaysia 2009 sudahpun membuka tirainya.
Setelah berehat dalam satu tempoh masa yang agak lama, kebanyakan pasukan mempamerkan aksi serba sederhana dan sedikit berkarat apabila gagal mengatasi lawan masing-masing dengan keputusan yang lebih meyakinkan.
September 28, 2009


Pemilik bersama Liverpool, George Gillett hampir pasti menjual kepentingannya dalam kelab EPL itu kepada Firma Pelaburan Permotoran F6 Arab Saudi berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Urusannya, Gassim Hamidaddin.
Gillett dan rakan pelaburannya, Tom Hicks menghadapi masalah perhubungan sejak membeli Liverpool pada 2007 dan dalam keadaan kedudukan kewangan yang kurang stabil menyebabkan pemiliknya bersedia untuk menjual kepentingannya.
September 27, 2009


Ryan Giggs mempamerkan satu lagi persembahan mengkagumkan apabila memandu Manchester United mencatat kemenangan 2-0 ke atas Stoke City dan kini mengambil giliran selaku pendahulu EPL.
Selama 55 minit, Nani berusaha keras menembusi benteng Stoke dengan gerakan di sebelah sayap namun kecewa walaupun United lebih banyak mendominasi perlawanan.
September 26, 2009


Fernando Torres merupakan seorang penyerang berprofil tinggi yang cukup digeruni oleh kebanyakan pemain pertahanan lawan.
Liverpool memecah rekod perpindahannya pada 4 Julai 2007 apabila mereka mengikat Torres dengan nilai 26.5 juta pound dari kelab Sepanyol, Atletico Madrid.
Dia memulakan kariernya di Atletico Madrid dan bermain di kelab itu selama 12 tahun, enam tahun sebagai pemain profesional, membuat sebanyak 214 penampilan dan menjaringkan sebanyak 82 gol.
September 25, 2009


Penyerang Manchester City, Craig Bellamy terlepas dari hukuman pihak polis atas kesalahan menumbuk seorang penyokong Manchester United yang berlari memasuki padang di Old Trafford ketika pertemuan antara dua kelab jiran tetangga itu hari Sabtu lalu.
Pihak polis menggugurkan dakwaan ke atas penyerang City itu selepas tiada aduan dibuat selepas perlawanan itu.


Cristiano Ronaldo sudahpun mencatat sejarah di Real Madrid apabila menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol dalam empat perlawanan pertama buat kelab itu.
Bekas pemain sayap Manchester United yang menyertai gergasi Sepanyol itu dengan rekod dunia sebanyak 80 juta pound, menjaringkan gol pertama yang menakjubkan ketika Real menewaskan barisan sepuluh pemain Villareal 2-0 di Estadio El Madrigal semalam.
September 24, 2009


Dilahirkan di Longsight, pemain antarabangsa skuad bawah 21 England, Danny Welbeck membantu barisan sepuluh pemain Manchester United melangkah ke pusingan seterusnya dengan menewaskan Wolverhampton Wanderers 1-0 dalam saingan Piala Carling di Old Trafford semalam.
Dengan bergaya, Welbeck menyudahkan hantaran Michael Owen pada minit ke-66 untuk membolehkan juara bertahan itu melengkapkan senarai 16 pasukan yang akan bertarung di pusingan keempat kejohanan itu.


David Ngog meledakkan gol tunggal, cukup untuk memberikan Liverpool kemenangan yang diperlukan apabila menyingkirkan Leeds United 1-0 dalam saingan pusingan ketiga Piala Carling di Elland Road semalam.
Gergasi EPL itu bagaimanapun menghadapi tentangan sengit dari pendahulu League One itu namun gol Ngog pada minit ke-65 memadamkan impian pasukan tuan rumah untuk mara ke pusingan seterusnya.
September 23, 2009


Pengurus Manchester City, Mark Hughes lantang mempertahankan perbuatan Craig Bellamy dalam pertembungan menentang seteru setempat, Manchester United hari Sabtu lalu dengan mendakwa penyerang City itu menjadi mangsa dalam insiden kontroversi dengan penonton di Old Trafford.
Pihak FA dan pihak polis Manchester telah mengadakan siasatan ke atas insiden itu di mana Bellamy dikatakan menumbuk muka penyokong Manchester United yang memasuki padang sebaik Michael Owen menjaringkan gol kemenangan United pada masa kecederaan.
September 22, 2009


Filippo Inzaghi meledakkan dua gol untuk memberikan AC Milan kemenangan tipis 2-1 ke atas Olympique Marseille dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C saingan Liga Juara Eropah di Stade Velodrome hari Selasa lalu.
Penyerang veteran AC Milan itu meletakkan kelab itu di depan dengan gol pertama pada minit ke-27 namun berjaya disamakan oleh Marseille hasil jaringan Gabriel Heinze pada minit ke-49.
September 21, 2009


Pemain kontroversi, Eduardo menyelamatkan maruah Arsenal dengan menjaringkan gol kemenangan pada penghujung perlawanan untuk membantu Arsenal menewaskan Standard Liege 3-2 dalam saingan Kumpulan H walaupun ketinggalan 0-2 pada satu ketika.
Pemain Croatia itu hanya boleh diturunkan selepas rayuan Arsenal kepada UEFA ke atas penggantungan dua perlawanan diterima oleh badan bola sepak Eropah itu.
September 20, 2009


Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson kurang senang dengan sikap panas baran Wayne Rooney setelah pemain itu digantikan ketika perlawanan menentang Besiktas dalam saingan Liga Juara Eropah yang dimenangi oleh United 1-0 di Istanbul hari Selasa lalu.
Rooney, yang bermain sebagai penyerang tunggal sepanjang sejam perlawanan, menghantuk kepalanya sebelum melemparkan kasutnya setelah meninggalkan padang.
September 19, 2009


Penyerang Manchester City, Emmanuel Adebayor menerima hukuman yang dikenakan ke atasnya ekoran pertembungannya dengan pemain Arsenal, Robbie van Persie dalam perlawanan EPL hujung minggu lalu.
Pemain antarabangsa Togo itu dikatakan sengaja menendang muka Van Persie menyebabkan pemain Belanda itu melabelkan perbuatannya sebagai ‘tidak berakal’.
Adebayor telahpun meminta maaf secara terbuka kepada Van Persie atas perbuatannya itu namun pihak FA bertegas mahu mengambil tindakan terhadap pemain itu.
September 18, 2009


Zlatan Ibrahimovic dan Samuel Eto’o gagal membantu kelab masing-masing mengatasi satu sama lain apabila kedua-dua pasukan sekadar terikat tanpa jaringan dalam saingan Liga Juara Eropah di San Siro semalam.
Pertembungan kedua-dua pemain itu begitu dinantikan setelah Barca membayar Inter 46 juta euro termasuk Eto’o, yang bernilai 20 juta euro dalam pertukaran untuk mendapatkan Ibrahimovic.


Gol ke-12 Dirk Kuyt dalam 35 perlawanan Liga Juara Eropah bersama Liverpool menyaksikan skuad bimbingan Rafael Benitez mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas juara Hungary, Debrecen dalam saingan Kumpulan E di Anfield semalam.
Pemain Belanda itu kini berada di tempat ketiga senarai penjaring terbanyak Liverpool dalam saingan peringkat Eropah ini dan pastinya jaringannya pada akhir babak pertama itu cukup melegakan kem ‘The Reds’.
September 17, 2009


Nicolas Anelka membuktikan yang Chelsea masih boleh menang walaupun tanpa kelibat Didier Drogba yang menjalani hukuman penggantungan dengan menjaringkan gol kemenangan untuk menumpaskan juara Portugal, FC Porto 1-0 di Stamford Bridge semalam.
Anelka ditugaskan untuk bertindak sebagai penyerang solo berikutan ketiadaan penyerang Ivory Coast itu, meledakkan jaringan tiga minit selepas bermula babak kedua.


Real Madrid kelihatan hebat di bahagian serangan tetapi agak goyak di bahagian benteng pertahanan ketika menewaskan juara Switzerland, FC Zurich 5-2 dalam saingan awal Liga Juara Eropah semalam.
Pemain bernilai 80 juta pound, Cristiano Ronaldo meletakkan Real di depan menerusi sepakan percuma sebelum menambah dua gol lagi menerusi penyerang veteran, Raul dan Gonzalo Higuain untuk mendahului 3-0 pada babak pertama.
September 16, 2009


Jaringan Paul Scholes 13 minit sebelum tamat perlawanan memastikan Manchester United memulakan kempen Liga Juara Eropah dengan langkah kanan apabila menundukkan Besiktas 1-0 di Istanbul semalam.
Di buang padang ketika perlawanan menentang Tottenham Hotspur hujung minggu lalu, pemain berusia 34 tahun itu mempamerkan bisanya dengan menyusup masuk ke kawasan gol lawan, dan menolak masuk bola muntah hasil percubaan Nani yang gagal ditampan kemas oleh Hakan Arikan.


Emmanuel Adebayor berpendapat yang dia tidak sepatutnya dihukum di sebalik pengumuman pihak FA untuk melakukan siasatan tentang kontroversi yang melandanya sewaktu kemenangan 3-1 Manchester City ke atas Arsenal pada hari Sabtu lalu.
Penyerang Togo itu menyertai City dari Arsenal dengan nilai 25 juta pound pada musim panas lalu, berlari ke arah penyokong bekas kelabnya itu sambil meraikan jaringannya di hadapan mereka menyebabkan timbul kemarahan di kalangan para penyokong tersebut.
Next Page »
|