Archive for: August 2009
August 31, 2009


Penyerang Barcelona, Lionel Messi telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Kelab Eropah dalam satu majlis yang diadakan di Monaco hari Khamis lalu.
Sejurus sebelum itu, Messi juga telah diumumkan sebagai penerima anugerah Penyerang Terbaik Tahunan Kelab Eropah bagi musim 2008/09 menewaskan calon popular, Cristiano Ronaldo dan bekas rakan penyerangnya di Barca, Samuel Eto’o.


Gabriel Agbonlahor membantu Aston Villa bangkit dari penyingkiran saingan peringkat Eropah apabila dengan mudah menewaskan Fulham 2-0, sekaligus mencatat kemenangan pertama di tempat sendiri dalam saingan EPL musim ini.
Penyerang England itu memainkan peranan penting sewaktu jaringan pertama pasukannya dihasilkan apabila asakannya membuatkan John Pantsil tertanduk ke gawang sendiri pada minit ke-3.


Emmanuel Adebayor menjaringkan gol ketiganya dalam saingan EPL musim ini untuk membantu Manchester City menewaskan Portsmouth 1-0 di Fratton Park malam tadi.
Gol jaringan Adebayor itu terhasil pada minit ke-30 apabila penyerang antarabangsa Togo itu mudah menanduk masuk bola sepakan sudut Gareth Barry.
August 30, 2009


Juara bertahan Serie A, Inter Milan membelasah barisan sepuluh pemain AC Milan 4-0 dalam pertembungan jiran setempat di San Siro semalam.
Inter menerima kejutan pada perlawanan pembukaan apabila diikat 1-1 oleh Bari minggu lalu namun skuad bimbingan Jose Mourinho mempamerkan aksi lebih kemas, dibantu oleh arahan keluar padang terhadap Gennaro Gattuso oleh pengadil perlawanan.


Cristiano Ronaldo mencatat nama sebagai penjaring tatkala Real Madrid memulakan kempen liga dengan sedikit goyah walaupun akhirnya mencatat kemenangan 3-2 ke atas Deprotivo La Coruna di Bernabeu semalam.
Manuel Pellegrini memilih tujuh dari lapan pemain baru yang dibeli Real untuk menganggotai kesebelasan utama termasuk Ronaldo, Kaka dan Karim Benzema namun Lassana Diarra paling mencuri tumpuan dengan jaringan kemenangan pada pertengahan babak kedua.


Arsene Wenger diarahkan keluar padang pada saat akhir ketika penafian gol penyamaan pada masa kecederaan menambah duka buat Arsenal yang akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan tipis 1-2 kepada Manchester United di Old Trafford semalam.
Wenger awal-awal lagi sudahpun berasa kecewa ekoran anugerah penalti kontroversi kepada United selain jaringan sendiri oleh Abou Diaby meranapkan impiannya untuk membawa pulang tiga mata dari gelanggang keramat United itu.
Tetapi apabila gol penyamaan pada masa kecederaan oleh Robbie van Persie enggan diiktiraf oleh pengadil ekoran kedudukan ofsaid William Gallas, ia amat mengecewakan Wenger yang menunjukkan reaksi yang keterlaluan dan akibatnya beliau diarahkan ke tempat duduk penonton oleh pengadil, Mike Dean.


Liverpool terpaksa bangkit dari dua kali ketinggalan sebelum dapat mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Bolton dalam saingan EPL di Stadium Reebok malam tadi.
Ketua pasukan, Steven Gerrard muncul wira ‘The Reds’ apabila sepakan volinya pada minit ke-83 menjadi pemisah kepada saingan yang cuba dijelmakan oleh pasukan tuan rumah.
Di sebalik penguasaan penuh skuad bimbingan Rafael Benitez pada hampir keseluruhan permainan, Bolton sesekali mencemaskan benteng Liverpool dengan beberapa siri serangan balas sepanjang perlawanan.


Chelsea merampas takhta liga apabila mengenepikan cabaran pendatang baru EPL, Burnley 3-1 di Stamford Bridge malam tadi.
Burnley, pemenang perlawanan menentang Manchester United dan Everton dalam dua perlawanan terakhirnya gagal memberi tentangan bermakna kepada pasukan ruan rumah.
Gol-gol jaringan Nicolas Anelka (minit ke-45), Michael Ballack (minit ke-47) dan Ashley Cole (minit ke-52) memastikan Chelsea mengekalkan rekod kemenangan 100%nya.
August 29, 2009


Pemain bintang terbaru Barcelona, Zlatan Ibrahimovic gagal menyinar namun juara Liga Juara Eropah itu bernasib baik untuk merangkul Piala Super UEFA selepas mengalahkan juara Piala UEFA, Shakhtar Donetsk 1-0 di Monaco semalam.
Ibrahimovic yang berpindah dari Inter Milan dengan nilai 40 juta pound kelihatan dibayangi oleh kehebatan Lionel Messi, yang menjadi pengumpan kepada gol kemenangan yang dijaringkan oleh Pedro Rodriguez pada minit ke-115.


Klaas Jan Huntelaar akan berhadapan dengan bahang Serie A minggu ini apabila dia berpeluang membuat penampilan pertama bersama AC Milan yang akan membuat perhitungan dengan seteru setempat, Inter Milan.
Penyerang Belanda itu menyertai Rossoneri musim panas ini dari Real Madrid dan terlepas peluang bermain dalam perlawanan pembukaan Serie A kerana menjalani hukuman penggantungan.
Berlawanan dengan seteru setempatnya itu, AC Milan memulakan kempen liga musim ini dengan bergaya apabila menewaskan Siena 2-1 menerusi dua jaringan kemenangan Alexandre Pato.


Satu majlis undian untuk menentukan kumpulan kelayakan bagi Liga Eropah musim 2009/10 telah diadakan di Monaco semalam.
Sebanyak 48 kelab yang berjaya melayakkan diri ke peringkat ini telah diasingkan kepada empat ‘pot’, dengan setiap pasukan dari setiap ‘pot’ akan diundi untuk menganggotai 12 kumpulan.
Bagaimanapun, pasukan dari negara yang sama tidak akan diundi dalam kumpulan yang sama.
August 28, 2009


Pemain tengah Belanda, Wesley Sneijder kini akan fokus kepada kelab barunya, Inter Milan setelah bersetuju berpindah ke kelab Itali itu dari Real Madrid, sambil melahirkan rasa kecewanya terhadap layanan kelab lamanya itu kepada dirinya.
Kedua-dua kelab telah mencapai persetujuan untuk memeterai perjanjian penjualan pemain itu yang dikatakan mencecah nilai 18 juta euro.


Samuel Eto’o dan Zlatan Ibrahimovic bakal kembali bertemu kelab lama masing-masing apabila Inter Milan dan Barcelona diundi dalam satu kumpulan Liga Eropah, di samping kelab Dynamo Kiev dan Rubin Kazan.
Satu lagi kelab gergasi, Real Madrid yang merupakan calon juara pilihan ramai diundi satu kumpulan dengan AC Milan, diikuti oleh Olympique Marseille yang boleh membuat keputusan mengejutkan dalam Kumpulan C.
Manchester United juga berdepan situasi sukar apabila diundi bersama CSKA Moscow, Besiktas dan Wolfsburg manakala satu lagi kelab EPL, Liverpool akan berhadapan dengan Lyon, Fiorentina dan kelab Hungary, Debreceni.
August 27, 2009


Pemain sayap Rusia, Diniyar Bilyaletdinov telah bersetuju mengikat kontrak bersama Everton dengan nilai yang dipercayai mencecah sekitar 10 juta pound, dalam usaha David Moyes membeli pemain baru.
Pemain tengah itu telah melepasi ujian perubatan pada hari Isnin lalu manakala pemain tengah Valencia, Ever Banega juga akan tiba di Goodison Park minggu ini sebagai pemain pinjaman sepanjang musim ini.
Pemain berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Everton yang akan mengekalkannya di Merseyside sehingga 2014.


Manchester United yang tewas 0-1 kepada Burnley pada perlawanan kedua EPL, mengamuk apabila membelasah Wigan 5-0 di tempat lawan hari Sabtu lalu.
Wayne Rooney menunjukkan betapa tajamnya dia di depan gol dengan meledakkan dua gol dalam perlawanan itu manakala dua gol lagi hasil jaringan Dimitar Berbatov dan Nani. Michael Owen turut mencatat nama sebagai penjaring apabila menjaringkan gol pertamanya bersama United dalam saingan EPL musim ini.
August 26, 2009


Joleon Lescott akhirnya melengkapkan perpindahannya dari Everton ke Manchester City. Pemain pertahanan berusia 27 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Eastland situ.
Lescott melengkapkan ujian perubatannya dan bersetuju dengan terma-terma perjanjian pada hari Isnin lalu selepas City membuat tawaran baru, dipercayai sekitar 22 juta pound.
Tawaran itu diterima oleh Everton pada hari Ahad tetapi berlaku sedikit masalah yang menyebabkan ia tertangguh sehinggalah masalah itu diselesaikan.


Nemanja Vidic menolak spekulasi tentang masa depannya dengan menegaskan yang dia gembira bermain dengan Manchester United.
Pemain antarabangsa Serbia itu membuat kenyataan tersebut bagi menepis khabar angin yang mengatakan yang dia berminat untuk berpindah ke Barcelona.
Vidic, salah seorang pemain yang menjadi kunci kejayaan United mempertahankan kejuaraan liga musim lalu, membuat penampilan pertama musim ini pada hari Sabtu lalu dengan kemenangan 5-0 ke atas Wigan selepas kembali cergas dari kecederaan yang menimpanya.
August 25, 2009


Pemain tengah Chelsea, Frank Lampard telah memberitahu Manchester United hanya Lionel Messi sahaja yang mampu mengambil alih tempat Cristiano Ronaldo di kelab itu.
Lampard percaya bahawa pemergian pemain antarabangsa Portugal itu ke Real Madrid mengembalikan peluang buat Chelsea untuk merampas gelaran juara liga dari United.
“Adalah sukar untuk menggantikan tempat Ronaldo,” kata Lampard.
August 24, 2009


Daniel Agger akan terbang ke Perancis untuk menjalani pembedahan minggu ini dan kelihatan dia akan berehat selama enam minggu, terlepas peluang untuk turun ketika Liverpool menentang Aston Villa dalam pertembungan di Anfield hari ini.
Pemain pertahanan Liverpool itu tidak beraksi dalam dua perlawanan awal Liverpool musim ini dan telah menderita kecederaan itu sejak musim lalu menutup tirainya.
Liverpool sebelum ini telahpun berhadapan dengan masalah kecederaan pemain, dengan Martin Skrtel turut diketepikan kerana kecederaan belakang.
August 23, 2009


Pengurus Manchester City, Mark Hughes menegaskan beliau masih belum menamatkan usaha untuk mendapatkan khidmat pemain Pertahanan Everton, Joleon Lescott walaupun terdapat khabar angin yang mengatakan beliau sudah menggugurkan nama Lescott dari senarai pemain yang ingin dimilikinya.
Lescott menjadi buruan City sejak beberapa minggu lalu, dengan Everton telahpun menolak tawaran 15 juta pound dan 18 juta pound dari pesaingnya itu.
Pemain pertahanan tengah itu turut menyuarakan hasratnya untuk berpindah namun ia juga ditolak oleh pengurusan kelabnya, tetapi sejak itu dia sering diketepikan David Moyes dari kesebelasan utama Everton.
August 22, 2009


Pemain antarabangsa Greece, Sotiris Kyrgiakos akan menambah kekuatan dan pengalaman kepada benteng pertahanan Liverpool, begitulah menurut Rafael Benitez selepas bersetuju untuk mengikat pemain AEK Athens hari Khamis lalu.
Kyrgiakos, 30, yang mempunyai 49 ‘caps’ bersama negaranya, dijangka akan melengkapkan perpindahannya dengan menjalani ujian perubatan di Anfield.
August 21, 2009

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengadakan majlis undian untuk menentukan kedudukan pasukan yang akan bersaing untuk merebut Piala Malaysia 2009 di Wisma FAM, Kelana Jaya hari Isnin yang lalu.
Sebanyak 20 pasukan akan bertanding dalam kejohanan itu dan pasukan-pasukan itu dibahagikan kepada lima kumpulan di mana setiap kumpulan akan mengandungi empat pasukan.
Juara bertahan, Selangor diletakkan dalam Kumpulan D dan dikatakan tidak akan bermasalah untuk ke pusingan seterusnya. Tiga pasukan lain yang menganggotai kumpulan ini adalah Kuala Muda NAZA, PDRM dan Sabah.
August 20, 2009


Chelsea mengesahkan yang mereka telah mengikat pemain tengah, Nemanja Matic dari kelab Slovakia, MFK Kosice.
Pemain berusia 21 tahun itu, yang telah dua kali membuat penampilan bersama skuad kebangsaan Serbia, telah menandatangani kontrak selama empat tahun untuk bersama ‘The Blues’.
Difahamkan nilai perpindahan pemain itu adalah 1.5 juta pound dan pemain yang mempunyai ketinggian 6’ 4” itu akan menyertai rakan senegaranya, Branislav Ivanovic di Stamford Bridge.
August 19, 2009


Carlo Ancelotti memungut kemenangan pertamanya di tempat lawan dalam saingan EPL apabila pasukan bimbingannya, Chelsea bangkit dari ketinggalan sebelum menundukkan Sunderland 3-1 di Stadium of Light semalam.
Di sebalik keupayaannya mendominasi babak pertama, pasukan pelawat terpaksa meninggalkan padang pada babak pertama dengan kedudukan 0-1 hasil kejutan dari jaringan Darren Bent pada minit ke-18.

Enam pemain yang membantu Barcelona mengalahkan Manchester United 2-0 dalam perlawanan akhir Liga Juara Eropah berada dalam senarai pencalonan bagi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Kelab Eropah yang keputusannya akan diumumkan di Monte Carlo pada minggu hadapan.
Penjaga gol Victor Valdes, pemain pertahanan Gerard Pique, pemain tengah Xavi Hernandez dan Andres Iniesta serta penyerang Lionel Messi dan Samuel Eto’o, yang kini bersama Inter Milan, kesemuanya berada dalam senarai yang dikeluarkan oleh UEFA pada hari Isnin lalu.
Enam pemain lain yang berada dalam senarai pencalonan itu adalah dari kelab-kelab EPL, Manchester United, Chelsea dan Liverpool.
Next Page »
|