Archive for: July 2009
July 31, 2009


Pemain pertahanan Arsenal, Kolo Toure sah menjadi milik Manchester City apabila menandatangani kontrak selama empat tahun dengan kelab itu.
Toure menyertai City setelah kedua-dua kelab itu bersetuju dengan yuran perpindahan yang mencecah nilai 16 juta pound.
Pengurus City, Mark Hughes beralih perhatian kepada Toure selepas beliau gagal mendapatkan khidmat ketua pasukan Chelsea, John Terry setelah ‘The Blues’ menolak tawaran yang dikemukakan kelab itu.


Manchester United menamatkan siri Jelajah Asianya dengan cemerlang apabila mudah membelasah kelab China, Hangzhou Greentown 8-2 hari Ahad lalu.
Ryan Giggs mencatatkan jaringan hatrik dalam perlawanan itu manakala Micheal Owen menjaringkan dua gol untuk membuktikan pengambilannya sebagai pemain United oleh Sir Alex Ferguson bukanlah satu usaha yang sia-sia.
Dimitar Berbatov, Zoran Tosic dan Nani melengkapkan malam gemilang United dengan menjaringkan tiga gol lagi gol United dalam perlawanan itu.
July 30, 2009


Bayern Munich bermain dengan penuh keyakinan untuk membelasah AC Milan 4-1 dalam saingan Piala Audi untuk mara ke final bertemu dengan Manchester United, dalam penampilan pertama di Allianz Arena sejak skuad itu dibimbing oleh Louis van Gaal.
Penyerang berusia 19 tahun, Thomas Muller tampil cemerlang dengan menjaringkan dua gol, dengan dua gol lagi disumbangkan oleh Bastian Schweinsteiger dan Saer Sene bagi melengkapkan kemenangan selesa juara Jerman itu.


Antonio Valencia menjaringkan gol kemenangan Manchester United dalam penampilan pertamanya untuk membantu juara EPL itu mara ke perlawanan akhir selepas mengalahkan Boca Juniors 2-1 di Munich semalam.
Pemain sayap Ecuardo itu hanya memerlukan 42 minit dalam perlawanan pertamanya itu untuk menemui sasaran selepas Anderson menjaringkan gol pertama United menerusi sepakan percuma pada awal babak pertama.

Kelab-kelab EPL kini semakin berlumba-lumba untuk mendapatkan pemain-pemain terbaik bagi menguatkan pasukan masing-masing. Tawar-menawar jual beli pemain makin sengit di kalangan kelab-kelab itu terutama kelab yang mempunyai dana kewangan yang besar.
Pemain-pemain dengan reputasi besar juga terus diburu namun sebahagiannya masih bermain tarik tali dan ada antaranya yang membisu seribu bahasa.
Sehingga kini, John Terry merupakan pemain terpanas di pasaran di mana Manchester City begitu hebat memancing ketua pasukan Chelsea itu. Beberapa tawaran dikemukakan dan yang terakhir ia dipertingkatkan dengan gaji satu juta pound sebulan menjadi umpan untuk memikatnya.
July 29, 2009


Zlatan Ibrahimovic menandatangani kontrak selama lima tahun dengan Barcelona sambil mendakwa yang dia berpindah dengan penuh kekecewaan kepada Inter Milan dan bola sepak Itali secara keseluruhannya.
Penyerang Sweden itu menyertai juara Eropah itu menerusi perpindahan bersyarat, luar dari klausa 250 juta pound yang terdapat dalam kontraknya, selepas dia melepasi ujian perubatan walaupun imbasan yang dilakukan menunjukkan terdapat keretakan pada tangan kirinya.
Kenyataan dari pihak Barca mendedahkan yang mereka membayar Inter Milan 46 juta euro untuk mendapatkan penyerang Sweden itu, dengan Samuel Eto’o dan Alexander Hleb pula menyertai juara Itali itu dalam pakej perjanjian antara kedua-dua kelab itu.


Liverpool mencatat kemenangan pertamanya dalam perlawanan pra-musimnya apabila membelasah Singapura 5-0 di Stadium Nasional hari Ahad yang lalu.
Lima gol Liverpool dalam perlawanan itu dijaringkan oleh Andrei Voronin, Krisztian Nemeth (dua gol), Albert Riera dan Fernando Torres.
Pemain yang menjadi sasaran Real Madrid, Xavi Alonso membuat penampilan pertamanya bersama Liverpool sejak tamat musim lalu pada ketika Rafael Benitez menurunkan ramai muka baru dalam kesebelasan utamanya.
July 28, 2009


Pemain tengah England, Steven Gerrard kini bebas dari sebarang pertuduhan menyerang seorang lelaki di sebuah bar tahun lalu.
Ketua pasukan Liverpool itu dituduh melakukan serangan ke atas DJ kelab malam itu akibat pertelingkahan mengenai muzik pada Disember 2008, tetapi dia dibebaskan oleh juri yang bersidang Jumaat lalu.

Pele, Maradona dan Cristiano Ronaldo semuanya dikatakan antara pemain terhebat dunia pada zaman mereka. Membandingkan diri kita dengan mereka sebenarnya adalah suatu kesilapan. Tidak mungkin kita boleh menyamai kehebatan mereka dalam permainan bola sepak dan sebenarnya mereka juga tidak boleh menyamai kehebatan kita dalam bidang kepakaran kita.
Kita bukanlah manusia yang sempurna. Pasti kita ada kelemahan sedikit sebanyak di sana sini. Kadang-kadang kita tidak sedari yang kelemahan kita itu melemaskan orang di sekeliling kita.
Lemahkah kita atau hebatkah kita? Sebenarnya kita boleh mengetahuinya menerusi reaksi pasangan kita. Tidak perlulah kita menarik muka atau lari membawa diri kerana segala masalah pasti ada penyelesaiannya. Namun, ianya tetap bergantung kepada sejauh mana kita mahu mengatasinya.
Itu tidak perlu anda risaukan. Kini, kami ada jawapannya.


Michael Owen menjaringkan dua gol manakala Ryan Giggs meledakkan hatrik pada babak kedua untuk membantu Manchester United membelasah kelab China, Hangzhou Greentown 8-2 dalam perlawanan terakhir sempena siri Jelajah Asia 2009 kelab itu.
Ianya mungkin bukan perlawanan yang mencabar seperti yang diharapkan oleh Sir Alex Ferguson, namun mengekalkan rekod kemenangan 100% dalam jelajahnya ke Asia sekurang-kurangnya membekalkan keyakinan kepada juara EPL itu untuk menghadapi musim baru nanti.
Owen yang menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan menentang Malaysia tempoh hari, memulakan pesta gol United apabila menyudahkan hantaran Nani pada minit ke-23.
July 27, 2009


Manchester United mencatat kemenangan ketiga dalam perlawanan persahabatan sempena siri Jelajah Asia 2009 apabila mengenepikan cabaran sengit kelab Korea Selatan, FC Seoul 3-2 hari Jumaat lepas.
Kemenangan ketiga itu dicapai hasil bantuan jaringan Wayne Rooney, Federico Macheda dan Dimitar Berbatov memadam kelebihan dua kali milik FC Seoul menerusi dua jaringan Dejan Damjanovic.
Dalam dua perlawanan terdahulu, United menundukkan Pilihan Malaysia dengan keputusan 3-2 dan 2-0 setelah kunjungan ke Indonesia dibatalkan angkara pengeboman yang berlaku di hotel penginapan mereka di jakarta.

Sesiapapun boleh mengaku dirinya hebat. Kehebatan lelaki pastinya dipertaruhkan kepada penguasaannya dalam sesuatu bidang. Jika anda seorang yang hebat dalam bola sepak pastinya orang akan menyamakan anda dengan legenda bola sepak, Pele. Atau mungkin anda akan dibandingkan dengan pemain termahal dunia ketika ini, Cristiano Ronaldo.
Bagaimanapun, hebatkah anda? Adakah anda telah menguasai bidang kesukaan anda? Apakah ada seseorang yang memperakukan betapa hebatnya anda? Kalau tiada, maksudnya anda seorang yang syok sendiri.
Bukan mudah untuk orang lain mengakui kehebatan kita apatah lagi pasangan kita. Kadang kala ia tidak perlu dipertuturkan dalam bentuk kata-kata, tetapi hanya memadai dengan senyuman lebar di bibir. Pernahkah anda mendapat penghargaan seumpama itu?
Kami boleh membantu anda. Penghargaan yang dinanti pasti akan menyusul dengan sendirinya. Jadi, hebatkah anda atau….


Penyerang muda Hungary, Krisztian Nemeth menjaringkan dua gol manakala Xavi Alonso membuat penampilan pertama dalam latihan pra-musim ketika Liverpool membelasah Singapura 5-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional semalam.
Ini adalah merupakan kemenangan pertama ‘The Reds’ dalam perlawanan persahabatan dari empat perlawanan, seri sewaktu menentang Thailand dan kelab Switzerland, St Gallen serta kalah 0-1 kepada kelab Austria, Rapid Vienna.
July 26, 2009


Selangor yang telah mengesahkan kejayaannya selaku juara Liga Super 2009, menutup tirai liga dengan bergaya apabila membelasah pasukan Pahang 5-1 di Stadium Shah Alam malam tadi.
Kemenangan itu tambah bermakna apabila di penamat saingan, telah diserahkan Piala Liga Super kepada skuad Gergasi Merah oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sekaligus menepati sasaran pengurusan Selangor untuk merangkul kejuaraan liga itu buat kali pertama sejak ia diperkenalkan.

Siapa yang tidak mahu digelar lelaki sejati? Peminat bola sepak sejati begitu ramai terdapat di seantero dunia. Maklumlah bola sepak adalah permainan yang paling digilai di seluruh dunia.
Lelaki sejatikah anda jika anda tidak meminati permainan bola sepak? Jangan gusar. Tiada seorangpun manusia di dunia ini boleh menuduh anda sedemikian. Sejati atau tidak kelelakian anda bukanlah bergantung kepada minat atau tidaknya anda dalam pernainan bola sepak.
Mampukah anda menjadi lelaki sejati? Itu soalan yang bagus. Semua orang mampu mendapatkan gelaran itu. Pada zaman sains dan teknologi ini segala-galanya terhidang di depan mata anda untuk membuktikan yang anda adalah lelaki sejati.
Bagaimana caranya? Kami boleh beritahu anda. Tepuk dada tanya selera….


Thailand membuktikan kejaguhan mereka selaku juara Asia Tenggara apabila mengikat Liverpool 1-1 dalam perlawanan persahabatan yang diadakan sempena siri Jelajah Asia kelab EPL itu.
Walaupun ketinggalan satu gol jaringan Ryan Babel pada awal perlawanan, semangat tinggi dan sikap tidak berputus asa pemain menjadi ramuan penting Thailand yang berjaya menyamakan kedudukan menerusi Sutee Sumsomkit pada babak kedua.
July 25, 2009


Barcelona secara dasarnya telah bersetuju dengan perjanjian untuk menandatangani penyerang Inter Milan, Zlatan Ibrahimovic menyertai juara kelab Eropah itu.
Menurut Pengarah Sukan Barca, Txiki Begiristain ketika mengumumkan perkara itu memberitahu yang hanya tinggal beberapa perkara kecil sahaja yang perlu diperhalusi dan Ibrahimovic dijangka akan diperkenalkan sebagai pemain Barca pada hari Isnin ini.


Manchester United terpaksa bangkit dari ketinggalan dua kali sebelum dapat menundukkan FC Seoul 3-2 dalam perlawanan persahabatan sempena siri Jelajah Asia juara EPL itu di Korea Selatan.
Lebih 64,000 penyokong membanjiri stadium untuk menyaksikan perlawanan ini, dengan tumpuan lebih terarah untuk melihat pemain kesayangan mereka, Park Ji-Sung membarisi kesebelasan utama United namun mereka hampa apabila Ji-Sung sekadar diletakkan di bangku simpanan pada permulaan perlawanan.
Suasana di stadium semakin gamat apabila Dejan Damjanovic memberikan FC Seoul gol pembukaan pada minit ke-24 sebelum Wayne Rooney tampil selaku penjaring gol penyamaan buat United lapan minit kemudian.

Anda lelaki hebat? Kehebatan lelaki dalam bidang bola sepak memang terserlah sejak dulu lagi. Bagi kebanyakan lelaki, tanpa bola sepak kehebatan hidup mereka menjadi malap seolah menempuhi alam yang penuh kegelapan.
Adakah anda seorang lelaki hebat? Tiada seorang pun lelaki yang patut mengaku perkara itu sedangkan kita sebenarnya tidak mampu mengukur kemampuan sendiri. Sebenarnya, hanya pasangan kita yang dapat menentukan sama ada kita ini seorang lelaki yang hebat ataupun tidak.
Mahukah pasangan kita mengakui yang kita adalah lelaki hebat? Soalan ini agak sukar dijawab kerana ia biasanya menjadi isu peribadi antara kita dan pasangan kita.
Oleh itu, mahukah anda tahu sama ada anda seorang yang hebat atau tidak? Saya boleh beri jawapannya. Baca dulu baru tahu.


Liverpool tiba di Thailand tanpa kehadiran ketua pasukannya, Steven Gerrard yang sedang menghadapi perbicaraan kes pergaduhannya di mahkamah England.
Hadir dengan reputasi selaku pasukan kedua terbaik EPL, Liverpool bagaimanapun gagal mengatasi kesebelasan utama Thailand dan hanya mampu mencatat keputusan seri 1-1 dengan jaguh Asia Tenggara itu.
Berikut adalah gambar-gambar ketika ketibaan Liverpool di Bangkok dan ketika perlawanan persahabatan antara Liverpool dan Thailand.
July 24, 2009


Liverpool yang sedang mengadakan latihan pra-musim terus gagal mencatat kemenangan apabila sekadar seri 1-1 dengan Thailand dalam perlawanan persahabatan di Bangkok semalam.
Gol penyamaan Sutee Sumsomkit pada babak kedua menyaksikan Thailand membuktikan kemampuannya sebagai jaguh Asia Tenggara untuk mencatat keputusan seri dengan Liverpool di Stadium Rajamangala.
Sebelum itu, Ryan Babel meletakkan pasukan kedua terbaik EPL itu di depan seawal minit ke-6 selepas dia menyempurnakan hantaran jauh Jamie Carragher.
July 23, 2009


Michael Owen membuktikan yang dia masih berbisa di depan pintu gol lawan apabila sekali lagi menemui sentuhan pemusnah dalam perlawanan persahabatan kedua antara Malaysia menentang Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil hari Isnin lalu.
Owen menjaringkan gol kedua United selepas Federico Macheda membuka tirai jaringan bagi membolehkan skuad ‘Red Devils’ itu menang 2-0 ke atas Malaysia.
Dalam perlawanan pertama yang berlangsung pada petang Sabtu lalu, Owen turut mengukir nama sebagai penjaring gol United apabila meledakkan gol kemenangan pasukannya pada penghujung perlawanan ketika kedua-dua pasukan terikat pada kedudukan 2-2.

Manchester City terus dicemburui kelab-kelab lain di EPL apabila mengikat seorang lagi penyerang berprofil tinggi dari Arsenal, Emmanuel Adebayor menjadikan tiga penyerang hebat kini membarisi barisan hadapan kelab itu.
Sebelum ini City telahpun berjaya memikat penyerang Blackburn, Roque Santa Cruz dan penyerang Manchester United, Carlos Tevez manakala di bahagian tengah mereka kini memiliki bekas pemain tengah Aston Villa, Gareth Barry yang sebelum ini cuba dipikat oleh Liverpool.
Menjelang musim 2009/10 bermula, kelab-kelab EPL terus berusaha memburu pemain-pemain dari serata dunia untuk memantapkan pasukan masing-masing.
July 22, 2009


Selangor merangkul kejuaraan Liga Super buat kali pertama sejak ia diperkenalkan lima tahun lalu setelah mudah membelasah Polis 6-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Selayang malam tadi.
Walaupun perlawanan masih berbaki satu perlawanan, Selangor mengesahkan kejuaraan liga adalah miliknya dengan kelebihan tujuh mata mengatasi pasukan di tangga kedua, Perlis yang kecundang 1-2 kepada KL Plus di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Ini adalah piala ketiga yang dimenangi oleh Selangor tahun ini selepas turut merangkul Piala Sumbangsih dan Piala FA sebelum ini.
Next Page »
|