Archive for: June 2009
June 30, 2009


Sepanyol menebus kehampaan gagal ke perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 apabila berjaya menduduki tempat ketiga selepas berhempas pulas menundukkan Afrika Selatan 3-2 pada masa tambahan dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat hari Ahad lalu.
Sepanyol yang tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat dalam saingan di separuh akhir, ketinggalan pada minit ke-73 hasil jaringan penyerang Afrika, Katlego Mphela sebelum Daniel Guiza menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit (minit ke-87 dan 88) untuk memberikan juara Eropah itu kelebihan untuk memenangi perlawanan itu.


Pemain tengah Barcelona, Yaya Toure bersetuju untuk menyambung kontraknya selama setahun lagi dengan juara kelab Eropah itu.
Kontrak baru Toure itu mengikatnya di kelab itu sehingga 30 Jun 2012 dan melibatkan perubahan klausa dalam perjanjian yang mencecah nilai 100 juta euro.
June 29, 2009


Brazil bangkit dari ketinggalan dua gol pada babak pertama sebelum menewaskan Amerika Syarikat 3-2 dalam aksi mendebarkan perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 semalam.
Semangat kemenangan setelah menewaskan Sepanyol pada separuh akhir disemarakkan dengan persembahan menarik skuad Amerika pada babak pertama.
Setelah mendominasi babak pertama dengan dua gol mengatasi juara dunia sebanyak lima kali itu, Amerika tiba-tiba kehilangan arah pada babak kedua sehingga membenarkan gawangnya ditembusi tiga kali.


Naib Presiden AC Milan, Adriano Galliani mengesahkan yang beliau telah mengadakan rundingan dengan Arsenal tentang kemungkinan untuk mengikat Emmanuel Adebayor.
Pilihan pertama Milan adalah bintang Wolfsburg, Edin Dzeko tetapi kelab Bundesliga itu memaklumkan yang pemain itu bukan untuk dijual, menyebabkan Milan terpaksa mencari alternatif lain.
Galliani memberikan gambaran pada Khamis lalu yang mereka berminat untuk mendapatkan khidmat Adebayor dan kini kelab Serie A itu telah memulakan langkah permulaan ke arah merealisasikan impian itu.


Sepakan percuma Xavi Alonso pada masa tambahan membolehkan Sepanyol mengenepikan cabaran sengit Afrika Selatan dengan mencatat kemenangan tipis 3-2 sekaligus memberikan juara Eropah itu tempat ketiga dalam Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2009.
Sepanyol, yang rekod tanpa kalahnya sebanyak 35 perlawanan lebur selepas kecundang kepada Amerika Syarikat pada perlawanan separuh akhir, kelihatan masih gagal melupakan kejutan yang diterimanya itu dan kelihatan akan mencatat satu lagi kekalahan apabila Katlego Mphela meletakkan Afrika di depan pada minit ke-73.
June 28, 2009

Selangor dan Perlis kekal di tangga teratas dan kedua Liga Super apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam pertembungan di Stadium Utama Negeri, Kangar malam tadi.
Perlis yang perlukan kemenangan untuk memintas Selangor, gagal mengambil kesempatan walaupun bermain di hadapan penyokong setianya ekoran kekentalan benteng pertahanan Selangor yang begitu kebal bertahan.
Keputusan seri itu menyaksikan Selangor memungut 48 mata dari 21 perlawanan meninggalkan Perlis dengan hanya kelebihan dua mata sahaja di belakangnya.

Liga Perdana Inggeris (EPL) merupakan liga yang menjadi tumpuan utama peminat-peminat bola sepak dunia ekoran kehadiran bintang-bintang bola sepak dari seluruh pelusuk dunia yang menjadikannya sebagai tempat memperagakan aksi masing-masing.
Setelah musim 2008/09 berakhir, hampir kesemua pasukan dalam EPL mula mengatur strategi bagi menghadapi musim depan yang lebih mencabar.
Beberapa kelab utama EPL sudah mengatur langkah memikat pemain-pemain yang lebih berwibawa demi memperkuat dan memantapkan pasukan masing-masing dalam memastikan cabaran yang akan dibawa mereka pada musim depan dijamin lebih berkualiti.
June 27, 2009


Real Madrid dan Manchester United telah memuktamadkan perjanjian bernilai 80 juta pound berkaitan perpindahan Cristiano Ronaldo ke kelab Sepanyol itu.
Awal bulan ini United mengesahkan yang mereka telah bersetuju menerima tawaran yang memecah rekod dunia dari Real Madrid.


Klaas Jan Huntelaar merupakan satu lagi nama besar yang kini dikaitkan akan berpindah ke Manchester United.
Berdasarkan rentetan perjanjian besar yang dilakukan Real Madrid musim panas ini, adalah tidak mengejutkan jika Huntelaar merasakan dirinya makin tersisih dari kesebelasan utama di Bernabeu.
Pada ketika kehadiran Karim Benzema di Old Trafford kelihatan hampir mustahil, Huntelaar dilihat sebagai calon berpotensi untuk dipikat oleh Sir Alex Ferguson.
June 26, 2009


Pemain gantian, Daniel Alves menghampakan harapan rakyat Afrika Selatan apabila sepakan percumanya tiga minit sebelum tamat perlawanan menggegar jaring bagi membolehkan Brazil melangkah ke perlawanan akhir Piala Konfederasi dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan tuan rumah itu di Johannesburg semalam.
Pemain pertahanan kanan Barcelona itu, yang hanya masuk pada penghujung perlawanan, meledakkan rembatan dari jarak 18 ela untuk melenyapkan sorakan penyokong tempatan yang teruja dengan persembahan baik pasukan mereka.


Pemain pertahanan Liverpool, Alvaro Arbeloa kian hampir menyertai Real Madrid berikutan kehadiran Glen Johnson ke Anfield.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu dilaporkan akan dijual ke Real Madrid oleh Rafael Benitez dengan nilai sekitar 10 juta pound.
June 25, 2009


Amerika Syarikat melakukan kejutan terbesar apabila layak ke perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 selepas mengecewakan juara Eropah, Sepanyol 2-0 dalam saingan peringkat separuh akhir di Afrika Selatan semalam.
Lebih sensasi, Amerika adalah pasukan yang hampir terkeluar dari saingan kejohanan ini dan sudahpun bersedia untuk pulang ekoran persembahan hambar dalam dua perlawanan awal.


Penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic akan diletakkan dalam pasaran pemain andainya ada tawaran yang bersesuaian dan peluangnya berpindah mencecah 50%, begitulah menurut kata Presiden Inter Milan, Massimo Moratti.
Pemain terbaik Inter Milan itu begitu kuat dikatakan akan meninggalkan San Siro dan lebih banyak dikaitkan dengan Real Madrid berbanding dengan kelab lain.
June 24, 2009


Brazil membuktikan yang mereka sememangnya lebih baik dari Itali apabila mudah menundukkan juara dunia itu dengan keputusan 3-0 dalam saingan Piala Konfederasi di Afrika Selatan.
Luis Fabiano muncul wira Brazil apabila dia meledakkan dua gol pada minit ke-36 dan 42 manakala satu gol lagi hasil jaringan sendiri pemain pertahanan Itali, Andrea Dossena pada minit ke-44.


Pemain pertahanan kanan England, Glen Johnson hampir pasti menyertai Liverpool setelah ‘The Reds’ mengesahkan mendapat persetujuan Portsmouth dan pemain itu.
Liverpool telah dikaitkan dengan Johnson sejak beberapa minggu lalu manakala Pengerusi Eksekutif Pompey, Peter Storrie mendakwa yang bekas kelab Johnson, Chelsea sanggup membayar 18 juta pound untuk mendapatkan pemain pertahanan itu.
June 23, 2009


Penyerang Blackburn Rovers, Roque Santa Cruz telah melengkapkan perpindahan bernilai 17 juta pound ke Manchester City.
Pemain kelahiran Paraguay telah melepasi ujian perubatan dengan skuad yang berpengkalan di Eastland situ dan kini bersedia untuk bergandingan semula dengan Mark Hughes, bekas pengurusnya di Blackburn.


Presiden Barcelona, John Laporte mahu penyerang Samuel Eto’o menamatkan kariernya di Nou Camp.
Eto’o yang hanya mempunyai kontrak setahun lagi bersama pemenang tiga kejuaraan itu, sekali lagi menjadi bahan spekulasi perpindahan sejak beberapa minggu lalu tetapi Laporta menegaskan yang beliau tidak mahu melihat penyerang prolifik antarabangsa Cameroon itu pergi ke mana-mana, sekurang-kurangnya sehingga tamat kariernya sebagai pemain.
June 22, 2009


Amerika Syarikat membuat kejutan melangkah ke separuh akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 apabila menewaskan Mesir 3-0 Rustenberg, dibantu oleh kekalahan besar 0-3 Itali kepada Brazil.
Amerika yang kalah dalam dua perlawanan awal kejohanan ini perlukan kemenangan, sambil mengharapkan kemenangan Brazil ke atas Itali melebihi enam jaringan bagi membolehkan mereka mara ke peringkat seterusnya.


Brazil menyingkir Itali dari Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2009 apabila mudah menundukkan juara dunia itu 3-0 dalam saingan Kumpulan B di Pretoria semalam.
Tiga gol pantas dalam masa 14 minit sebelum tamat babak pertama membolehkan juara bertahan itu mengungguli Kumpulan B dengan rekod bersih dengan kutipan sembilan mata maksimum sekaligus menempah pertemuan dengan naib juara Kumpulan A, Afrika Selatan di peringkat separuh akhir.


Manchester City dan Chelsea adalah dua kelab pilihan untuk mendapatkan khidmat Carlos Tevez selepas dia membuat keputusan menolak untuk menandatangani perjanjian baru dengan Manchester United kerana ‘dia bukanlah seorang pemain yang dikehendaki di Old Trafford’.
Ketua Eksekutif United, David Gill telah berbincang dengan penasihat Tevez, Kia Joorabchian, dengan harapan dapat mengekalkan penyerang Argentina itu namun di sebalik tawaran kontrak baru selama lima tahun yang membolehkan Tevez menjadi salah seorang pemain yang dibayar dengan nilai tinggi di kelab itu, pemain yang berusia 25 tahun itu membuat keputusan untuk meninggalkan United.
June 21, 2009

Selangor gagal meneruskan penguasaan di tangga teratas Liga Super apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban semalam.
Pasukan ‘Gergasi Merah’ itu yang kelihatan gementar dalam perlawanan itu sehingga membolehkan pasukan tuan rumah mendahului 1-0 seminit selepas babak kedua bermula menerusi Shahurain Abu Samah.
Ketua pasukan, Mohd Amri Yahyah menyelamatkan Selangor apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-64 sekaligus membolehkan Selangor membawa pulang satu mata.


Sepanyol memecahkan rekod dunia dengan mencatat kemenangan ke-15 berturut-turut selepas mengalahkan Afrika Selatan 2-0 dalam saingan Kumpulan A Piala Konfederasi FIFA 2009 semalam.
Gol dari David Villa dan Fernando Llorente membolehkan Sepanyol melepasi Brazil, Australia dan Perancis di samping menyamai tahap pasukan Brazil dengan rekod tanpa kalah sebanyak 35 perlawanan.


Valencia akhirnya membuat keputusan untuk tidak menjual David Villa setelah spekulasi selama beberapa minggu yang penyerang Sepanyol itu sedang diintai oleh beberapa kelab ternama Eropah.
Kelab seperti Real Madrid, Barcelona, Manchester United dan Chelsea kesemuanya dikaitkan dengan Villa ekoran berita masalah kewangan yang melanda Valencia namun semuanya bakal diselesaikan dengan penjualan beberapa aset kelab itu.
June 20, 2009


Manchester City dilaporkan telah bersetuju dengan nilai 18 juta pound yang ditetapkan Blackburn Rovers untuk mendapatkan khidmat penyerang Roque Santa Cruz.
Pengurus City, Mark Hughes membawa penyerang antarabangsa Paraguay itu ke Rovers dari Bayern Munich dua tahun lalu dengan nilai hanya 3.8 juta pound dan adalah dijangkakan akan mengikat pemain itu sekali lagi hari Isnin nanti.
Pemain berusia 27 tahun itu yang begitu menyerlah dalam tahun pertamanya di EPL tetapi terpaksa bergelut dengan prestasi dan kecergasan setelah perpindahan Hughes dari Blackburn ke City, akan menjalani ujian perubatan pada akhir minggu ini.


Pengerusi Eksekutif Portsmouth, Peter Storrie mengesahkan yang Chelsea telah mengemukakan tawaran bernilai 17.5 juta pound untuk bersaing dengan Liverpool bagi mendapatkan pemain pertahanan England, Glen Johnson.
Pompey menerima tawaran dari Liverpool awal minggu ini dan pemain berusia 24 tahun itu kelihatan akan berkelana ke Anfield.
Next Page »
|